Isnin, 23 Jun 2025

NOSTALGIA ZAMAN REMAJA DAN KANAK-KANAK

Inilah sebahagian cerita zaman kanak-kanak dan remajaku.  Cerita yang pastinya mampu mengulang-imbau sejarah kehidupan ketika meningkat remaja.  Kehidupan penuh rencam dan warna.  Ia menjadi sebahagian kenangan yang  membawa seribu makna dalam  kehidupan.


Aku tidak dilahirkan dalam sebuah keluarga berada.  Malah, kesusahan kehdiupan kami dahulu banyak memberi impak positif kepada kehidupanku masa kini.  Mak dan pak, dua watak yang begitu sinonim dalam hidupku.  Insan yang tidak pernah mengeluh kepenatan malahan sentiasa bekerja keras membanting tulang membesarkan kami 8 beradik.  Kerana itulah aku sentiasa meyaksikan kedua-dua mereka melakukan pelbagai kerja  tidak kira waktu siang atau pun malam.  Aku menjadi saksi kehebatan kedua-dua insan ini mendepani onak-ranjau dan liku kehidupan zaman itu.

Mak dan pak masing-masing mengusahakan sebidang tanah pinggir yang dipenuhi pokok-pokok getah.  Kebun getah ini kami panggil bukit.  Di situlah hampir setiap hari (pagi dan petang,  mak dan pak membanting tulang.  Selain menoreh, mak dan pak turut bercucuk tanam di dalam kawasan tanah masing-masing.  

Kedua-dua kebun mak dan pak terletak di tempat yang berbeza.  Kebun pak  di bahagian darat manakala kebun mak di bahagian lembah.  Setiap pagi jika tidak hujan, seawal 6.30 pagi atau sebaik sahaja cerah-cerah tanah,  kedua-dua mereka sudah bergegas ke kebun.  Pak mengayuh basikal tuanya manakala mak berjalan kaki.  Agak jauh, lebih 30 - 40 minit jarak perjalanan dari rumah.  Itulah sahaja cara untuk membolehkan kami ke sana sama ada melalui denai dan melintasi kebun-kebun getah orang lain, atau melalui jalan besar. 

Aku kerap ke kebun setiap kali hujung minggu.  Selain membantu mak dan pak mengutip sekerap, aku juga menolong mereka memesin getah keping yang telah  dibekukan.  Sebenarnya, sebelum getah-getah itu dimesin menjadi kepingan-kepingan empat segi, beberapa proses aiantaranya telah dilakukan.  Pengalaman itu tidak mungkin dinikmati oleh anak-anak remaja zaman sekarang.  Cukup indah dan amat berharga buatku.  


Mak dan pak, dua insan yang tidak tahu duduk diam.  Sementara menunggu susu getah penuh di dalam 'pot', mereka akan menanam sayur-sayuran di sekeliling pondok tempat kami berehat.  Banyak juga sayur yang emak tanam.    Antaranya kacang panjang, bayam, maman, petola, jagung, labu dan beberapa jenis sayuran lain.  

Kesemua sayur yang dituai, aku hantar ke kedai  Pak Usup dan Wan Dah di jalan besar.  Sayur-sayur kampung ini dijual dengan harga 20 sen hingga 30 sen seikat.  Ramai juga pelanggan Pak Usup dan Wan Dah membeli sayur-sayur segar mak.  Kadang-kadang jumlah yang dihantar tidak mencukupi dengan permintaan.


Wan Dah dan Pak Usup adalah ibu dan bapa saudara aku kerana Wan Dah merupakan kakak sepupu mak.  Mak dan Wan Dah berkongsi datuk dan nenek.  Sebab itulah mereka rapat tambhan mereka telah berkawan  sejak kecil.  Jadi aku antara anak mak yang kerap  singgah di kedai dan rumah Wan Dah.   Aku paling suka ais kepal dan rojak yang mereka jual.   

Di kebun, selain sayur-sayuran, pak dan mak turut  menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan.   Paling banyak pastinya pokok durian.  Pelbagai jenis durian ada di kebun kami - ada durian isi kuning, tebal, putih, gebu dan macam-macam.  Pak memang mahir berkaitan buah durian.  Melihat duri dan bentuk  durian sahaja, sudah membolehkan pak tahu sama ada durian itu sedap atau sebaliknya.  Sebab itulah apabila tiba musim durian, pak menjadi peraih dan rumah kami dipenuhi buah durian dari seluruh pelusuk kampong.

Aku paling suka melihat pak membersihkan buah-buah durian dengan seikat lidi.  Semua durian dibersihkan untuk menarik perhatian para pembeli.  Daun-daun kering termasuk tanah yang melekat pada duri durian akan dibersihkan dahulu sebelum dijual.  Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kualiti durian selain menentukan harganya di pasaran.


Buah-buah durian yang kurang elok (ditebuk tupai atau busuk) diasingkan untuk dibuat tempoyak.  Mak memang mahir membuat tempoyak dan beberapa makanan lain daripada durian termasuk lempok.  Tempoyak dan lempok tahan lebih lama dan menjadi sebahagian hidangan menyelerakan orang-orang Perak.

Lumrah anak kampong membesar dengan budaya dan geografi setempat.  Selain kebun getah, sayur dan durian, aku juga dibesarkan dengan hamis selut dan lumpur dalam sawah-bendang.  Petang-petang, apabila tiba musim padi kami berduyun-duyun memeriahkan suasana segar di bendang.  Mak dan pak mengusahakan tanah bendang di seberang sungai ketika kami tinggal di lembah.  Aku sendiri sudah lupa bendang tersebut kepunyaan siapa.  Tetapi, kami turun beramai-ramai ketika musim menuai dan yang paling tidak boleh dilupakan apabila mak atau mak membuat bertih serta empeng beras.  Sedap!

Apabila kami berpindah ke darat, mak dan pak memajak bendang Wan Teh yang terletak di sebelah bendang Wan Yam.  Bendang kali ini tidak begitu jauh dari rumah.  Hanya perlu melintas jalan besar.  Tapi, suasana bendang baru ini tidak semeriah ketika mak dan pak mengerjakan bendang di seberang sungai.  Bendang di seberang lebih luas, saujana mata memandang berbanding kawasan bendang baru ini.

Satu lagi kenangan yang paling indah apabila kami sama-sama mengutip ikan yang pening-pening lalat di dalam sungai.  Peristiwa seperti ini hanya berlaku 2 atau 3 kali sahaja setahun.  Itu pun apabla air empang surut.  Hampir kesemua penduduk kampong akan turun mengutip ikan.  Pelbagai jenis ikan darat berjaya ditangkap dan dibawa balik.  Ikan-ikan yang banyak itu memang tidak habis dimakan dan menu utama mak pastinya 'ikan pindang' yang dibalut dengan daun dan direbus dalam masa lama (3 hingga 4 jam).

Banyak lagi kenangan zaman remaja dan kanak-kanak ketika aku dibesarkan dalam sebuah keluarga di kampong.  Semua kenangan ini pastinya tidak sama dengan pembesaran anak-anak zaman sekarang.  Namun, semuanya hanya kenangan yang sentiasa berlegar segar dalam ingatan.  

Isnin, 16 Jun 2025

MENGIMBAU KEMBALI ZAMAN REMAJA

 RUTIN PETANG

 

Setiap petang itulah kerjanya.  Memang minatnya seperti itu.  Tiada siapa yang dapat melarang.  Empat orang anak perempuan emak, masing-masing ada minat dan hobinya yang tersendiri.

Aku anak perempuan bongsu dalam keluarga.  Kerja-kerja luar ini jarang yang aku suka.  Setiap petang, sambil melihat Kak Tipah dan Kak Na membelai pokok bunga di halaman rumah,  aku akan duduk menunggu di atas anak tangga.  Aku hanya akan turut serta jika disuruh atau diminta membuat sesuatu kerja.

Rumah kami terletak di lereng bukit jalan Kuala Kangsar – Gerik.  Selalunya jika kami duduk di halaman rumah, tiada orang yang nampak melainkan mereka turun sehingga ke bawah.  Jadinya, kami selesa bergerak di sekeliling halaman tanpa gangguan sesiapa.

Selain terletak di lereng bukit, pak dan mak menanam pokok teh sebagai pagar rumah kami.  Pokok teh itu naik tinggi merimbun.  Oleh sebab itu, kami tidak dapat melihat apa yang berlaku di luar kawasan rumah kami.

Kak Tipah hobinya menanam pokok bunga.  Setiap petang, Kak Tipah akan menyantuni pokok-pokok bunga yang ditanamnya.  Selain membuang rumput-rampai yang tumbuh meliar di sekeliling pokok, Kak Tipah turut membersihkan kawasan halaman.  Sesekali Kak Na akan menolong Kak Tipah menyiram dan menanam pokok bunga baru.

Nyah kakak sulungku kurang berminat menanam pokok bunga.  Setiap petang, Nyah lebih suka mengemas rumah termasuk menyapu sampah dan mengutip pakaian di jemuran.  Selain Nyah, Kak Na juga akan mengutip kain baju  di ampaian.  Kedua-dua mereka turut melipat kain baju tersebut sebelum maghrib atau di sebelah malam.

Aku lebih suka membantu emak menyediakan minum petang.  Sesekali menyibukkan diri di dapur sambil menyusun dan mengutip pinggan-mangkuk yang telah digunakan.  Emak memang rajin memasak.  Setiap petang, ada sahaja juadah yang mak sediakan untuk kami sekeluarga.  Mungkin disebabkan itu,  banyak kemahiran memasak yang dimiliki oleh mak dapat aku kuasai. 

Sabtu, 14 Jun 2025

MEMBENTUK PERKAHWINAN MSR


Cara membentuk perkahwinan yang mawaddah, sakinah dan rahmah (MSR) — tiga unsur yang disebut dalam al-Quran sebagai asas kebahagiaan rumah tangga:

🌹 1. Mawaddah (Cinta yang mendalam)

Mawaddah bermaksud cinta yang matang, mendalam dan bersifat spiritual.

Cara membentuk:

  • Luahkan kasih sayang secara konsisten – melalui kata-kata dan sentuhan fizikal.
  • Berikan perhatian emosi – dengar tanpa menghakimi.
  • Jaga adab romantik – walaupun setelah bertahun-tahun berkahwin.
  • Bersabar dalam kekurangan pasangan – cinta sejati menerima ketidaksempurnaan.
  • Solat berjemaah dan doa bersama – membina spiritual intimacy.
  • Komunikasi dengan hikmah – elakkan herdikan dan nada sindiran.
  • Urus konflik secara matang – fokus pada penyelesaian, bukan salah menyalahkan.
  • Pastikan rumah sebagai 'safe zone' – tempat melepaskan penat, bukan menambah stres.
  • Bantu pasangan tanpa diminta – fahami bebanan masing-masing.
  • Maafkan dengan hati terbuka – rahmah itu memberi tanpa syarat.
  • Jangan bandingkan pasangan dengan orang lain – setiap insan unik dan berbeza.
  • Didik anak-anak dengan contoh kasih sayang antara ibu bapa.
— [Surah Al-Furqan: 74]

🕊️ 2. Sakinah (Ketenangan dan kedamaian)

Sakinah ialah perasaan tenteram dan nyaman bila bersama pasangan.

Cara membentuk:

💞 3. Rahmah (Belas kasihan dan empati)

Rahmah melibatkan belas ihsan, empati, dan keprihatinan terhadap pasangan.

Cara membentuk:

  • Bantu pasangan tanpa diminta – fahami bebanan masing-masing.
  • Maafkan dengan hati terbuka – rahmah itu memberi tanpa syarat.
  • Jangan bandingkan pasangan dengan orang lain – setiap insan unik dan berbeza.
  • Didik anak-anak dengan contoh kasih sayang antara ibu bapa.

🌸 Bonus: Doa untuk MSR

“Ya Allah, kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”  — [Surah Al-Furqan: 74]


Selasa, 10 Jun 2025

PENANTIAN ITU SEBENARNYA SAKIT

Hari ini merupakan Hari Raya Aidil Adha yang ke-empat.  Hari terakhir menunaikan ibadah qurban bagi mereka yang melaksanakannya pada kali ini.  Selalunyam apabila tiba hari-hari perayaan seperti ini, semua kita pasti ternanti-nanti kepulangan dan kedatangan orang-orang yang hampir dengan kehidupan seharian kita. 

Seorang ibu pasti menanti kepulangan anak-anak.  Seorang nenek pula menunggu ketibaan cucu-cucunya.  Seorang tua menanti kedatangan tetamu, sahabat handai malahan yang paling utama saudara-mara berkunjung tiba.  Siapa pun kita dan dalam keadaan apa pun kehidupan seharian yang kita lalui, kehadiran mereka terutama pada hari-hari berbahagia ini merupakan sesuatu yang besar maknanya.

Namun, berapa ramai ibu-bapa, anak-anak malahan saudara-mara yang kecewa sehingga kadang-kala menjentik rasa kecewa di hati kerana orang yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba.  Tertarik dengan luahan beberapa orang warga emas, malah keluh-kesah ibu bapa berikut  saya cuba senaraikan beberapa perasaan yang mungkin dialami oleh seseorang yang mengharapkan kedatangan  mereka disayangi tetapi bayangan pun tidak kelihatan sehingga  saat akhir:

Kecewa – Harapan yang tinggi hancur apabila orang yang ditunggu tidak muncul.

Sedih – Rasa sedih kerana tidak dapat bertemu dan meluangkan masa bersama orang yang dirindui.

Terkilan – Merasa hati tidak puas atau tidak tenang kerana rancangannya tidak menjadi kenyataan.

Sunyi – Merasa kesunyian yang mendalam, lebih-lebih lagi jika sudah bersedia menyambut kedatangan tersebut.

Marah – Rasa marah atau geram, terutamanya jika tiada alasan yang munasabah diberikan.

Hampa – Seolah-olah kehilangan sesuatu yang ditunggu-tunggu.

Tersinggung – Merasa diri tidak dihargai atau diutamakan.

Bimbang – Tertanya-tanya jika sesuatu yang buruk berlaku kepada individu tersebut.

Kesal – Menyesal kerana terlalu berharap atau telah membuat persediaan lebih awal.

Rindu yang tidak terubat – Rasa rindu yang semakin mendalam kerana pertemuan yang diharapkan tidak berlaku.

Saya abadikan kesemua perasaan itu dalam bait-bait sajak di bawah andai mampu membuka hati-hati kita yang tertutup untuk terus mencintai mereka yang sentiasa mengabadikan doanya tanpa diminta.

"Di Ambang Penantian"

Di sudut hati aku menanti,
Dengan harap yang tak bertepi,
Langkahmu ku tunggu sabar,
Bersama waktu yang makin pudar.

Telah ku hampar senyum dan rindu,
Dihiasi doa di setiap waktu,
Namun yang datang cuma sepi,
Menyapa lembut, menikam hati.

Kecewa mengetuk pintu jiwa,
Terkilan berbisik tanpa suara,
Rindu menjerit dalam diam,
Mengharap hadir yang tak datang.

Apakah diriku tidak cukup penting?
Atau sekadar bayang yang kau tinggalkan?
Marahku terpendam dalam duka,
Kesalku larut dalam tanya.

Sunyi menemani malamku panjang,
Hampa menyelubung bagai kelam,
Namun kumasih menggenggam sabar,
Meski pedih menusuk kupendam menjadi sabar.

Andai kau tahu rasa di dadaku,
Pasti takkan kau janji lalu kaulupa,
Namun biarlah setiap detik ini kubelajar reda,
Bahawa tidak semua hadir itu kan jadi nyata.

Isnin, 9 Jun 2025

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam kehidupan seorang anak sejak dari lahir hingga dewasa. Mereka bukan sahaja menjadi sumber kasih sayang dan perlindungan, tetapi juga memainkan peranan utama dalam membentuk keperibadian, sahsiah, dan masa depan anak-anak. Dalam era globalisasi yang penuh cabaran ini, peranan dan tanggungjawab ibu bapa semakin penting bagi memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang sihat, seimbang, dan bermoral. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan setiap ibu bapa untuk memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi demi kebaikan dan kesejahteraan anak-anak.


Berikut merupakan sebahagian peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka; 

1. Tanggungjawab Dalam Mendidik Anak-Anak

  • ü  Ibu bapa mempunyai kewajipan moral untuk membimbing dan mendidik anak-anak dengan nilai yang baik. 
  • ü  Pendidikan moral yang baik akan membentuk anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia. 

2. Memberikan Kasih Sayang dan Perhatian

  • ü  Anak-anak memerlukan kasih sayang dan perhatian untuk membesar dengan sihat secara emosi dan mental. 
  • ü  Pengabaian atau kekerasan boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan mereka. 

3. Menjadi Contoh Yang Baik

  • ü  Ibu bapa adalah role model pertama bagi anak-anak, maka mereka perlu menunjukkan sikap yang baik seperti kejujuran, kesabaran, dan hormat kepada orang lain. 
  • ü  Sikap negatif seperti ketidakjujuran atau kekerasan boleh memberi kesan buruk kepada anak-anak. 

4. Bertanggungjawab Terhadap Kesejahteraan Anak-Anak

  • ü  Ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak mendapat keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, dan perlindungan. 
  • ü  Mengabaikan keperluan ini boleh dianggap sebagai pelanggaran moral dan etika. 

5. Menghormati Hak Dan Pilihan Anak-Anak

  • ü  Walaupun ibu bapa mempunyai hak untuk membimbing anak-anak, mereka juga perlu menghormati kebebasan dan pilihan anak-anak dalam kehidupan mereka. 
  • ü  Memaksa anak-anak mengikut kehendak ibu bapa tanpa mempertimbangkan kebahagiaan mereka boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan keluarga. 

6. Tidak Mengabaikan Anak-Anak Ketika Mereka Dewasa

  • ü  Walaupun anak-anak sudah dewasa, ibu bapa masih mempunyai tanggungjawab moral untuk menyokong mereka secara emosi dan memberi nasihat yang baik. 
  • ü  Sikap tidak peduli terhadap anak-anak yang memerlukan sokongan boleh menyebabkan hubungan keluarga menjadi renggang. 

 7. Menerima Penjagaan Dan Kasih Sayang Anak-Anak Dengan Ikhlas

  • ü   Apabila ibu bapa sudah tua, mereka perlu menerima bantuan dan penjagaan daripada anak-anak dengan hati terbuka. 
  • ü  Sikap terlalu ego atau enggan menerima bantuan boleh menyukarkan anak-anak untuk menjalankan tanggungjawab mereka. 

8. Tidak Menyalahgunakan Kuasa Sebagai Ibu Bapa

  • ü  Ibu bapa perlu mengelakkan sikap autoritarian yang berlebihan atau menggunakan kuasa mereka untuk mengawal anak-anak secara tidak adil. 
  • ü  Hubungan yang sihat antara ibu bapa dan anak-anak perlu berasaskan kasih sayang dan saling menghormati. 

Secara keseluruhannya, ibu bapa mempunyai tanggungjawab moral yang besar dalam membentuk keluarga yang harmoni dan memastikan anak-anak membesar dengan nilai yang baik. Sikap dan tindakan mereka bukan sahaja memberi kesan kepada anak-anak tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan.


MENGAPA MARAH? CARA TANGANI KEMARAHAN

 Cara Menangani Kemarahan Secara Sihat


Menguruskan kemarahan bukan bermaksud memendamnya, tetapi belajar untuk meluahkannya dengan cara yang positif dan konstruktif. Berikut adalah beberapa strategi:

1.   Kenal Pasti Pencetus: Cuba fahami apa yang membuat anda marah. Dengan mengenal pasti punca, anda boleh mencari jalan penyelesaian atau mengelakkan situasi tersebut. 

2.    Ambil Masa untuk Bertenang (Time-Out): Apabila anda mula merasa marah, tarik nafas dalam-dalam dan berhitung dari 1 hingga 10 (atau lebih jika perlu). Beri masa untuk diri sendiri menenangkan emosi sebelum bertindak atau berbicara.

3.     Teknik Pernafasan Dalam: Tarik nafas panjang dan dalam melalui hidung, tahan seketika, dan hembuskan perlahan-lahan melalui mulut. Ulangi beberapa kali sehingga anda merasa lebih tenang. Ini mengaktifkan tindak balas relaksasi badan.

4.    Bersenam atau Lakukan Aktiviti Fizikal: Aktiviti fizikal adalah cara yang sangat efektif untuk melepaskan ketegangan dan mengurangkan stres yang boleh mencetuskan kemarahan. Berjalan, berlari, yoga, atau menari boleh membantu.


5.   Fikir Sebelum Berbicara: Dalam keadaan marah, kata-kata yang diucapkan selalunya kasar dan boleh menyakiti hati orang lain. Beri masa untuk berfikir dan pilih perkataan anda dengan teliti.

6.     Luahkan Perasaan Secara Asertif (Bukan Agresif): Apabila anda sudah tenang, nyatakan perasaan anda dengan jelas menggunakan "kenyataan saya" (contoh: "Saya kecewa apabila..." berbanding "Awak selalu..."). Fokus pada isu, bukan menyalahkan orang.

7.   Cari Jalan Penyelesaian: Setelah meluahkan perasaan, cuba bincangkan penyelesaian kepada masalah yang mencetuskan kemarahan tersebut.

8.   Maafkan dan Lepaskan Dendam: Memendam dendam hanya akan memburukkan lagi keadaan. Belajar memaafkan, walaupun sukar, boleh membebaskan anda daripada beban kemarahan.

9.   Lakukan Aktiviti Positif: Sibukkan diri dengan hobi atau aktiviti yang anda gemari. Ini membantu mengalihkan perhatian dan mengisi fikiran dengan perkara positif.



10.    Dapatkan Nasihat Profesional: Jika kemarahan anda sukar dikawal, sering mengganggu kehidupan harian, atau menyebabkan anda mencederakan diri sendiri/orang lain, dapatkan bantuan daripada kaunselor, ahli psikologi, atau pakar terapi. Mereka boleh membantu anda mengenal pasti punca lebih dalam dan mengajar strategi pengurusan kemarahan yang berkesan.

Jumaat, 6 Jun 2025

MENGAPA MARAH? - KESAN KEMARAHAN

 


Kesan Kemarahan

Jika tidak ditangani dengan baik, kemarahan boleh membawa kesan negatif yang serius kepada individu dan persekitaran mereka:

Kesan kepada Kesihatan Fizikal:

  • Penyakit Jantung dan Strok: Kemarahan yang kronik meningkatkan hormon stres (kortisol, adrenalin) yang boleh meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung, dan menyumbang kepada masalah saluran darah seperti aterosklerosis.
  • Sakit Kepala dan Migrain: Ketegangan otot akibat marah boleh mencetuskan sakit kepala.
  • Masalah Pencernaan: Peningkatan asid perut boleh menyebabkan gastrik atau ulser.
  • Sistem Imun Lemah: Hormon stres yang berlebihan boleh melemahkan sistem imun, menjadikan seseorang lebih mudah dijangkiti penyakit.
  • Masalah Tidur (Insomnia): Otak yang terlalu aktif kerana marah menyukarkan seseorang untuk berehat dan tidur lena.


Kesan kepada Kesihatan Mental dan Emosi:

Penurunan Fungsi Otak: Kemarahan yang kerap boleh mengurangkan neuron di bahagian otak yang bertanggungjawab untuk pemikiran logik dan daya ingatan, menjadikan seseorang kurang rasional dan pelupa.

  • Hilang Hormon Gembira (Serotonin): Ini boleh menyebabkan seseorang sentiasa merasa negatif dan mudah marah.
  • Stres dan Kecemasan Berpanjangan: Marah boleh menjadi lingkaran syaitan yang menyebabkan lebih banyak stres dan kecemasan.
  • Hilang Pertimbangan: Dalam keadaan marah yang melampau, seseorang boleh hilang kawalan dan melakukan tindakan yang akan dikesali kemudian.


Kesan kepada Hubungan Sosial:

  • Konflik dan Kerenggangan Hubungan: Sikap mudah marah boleh merosakkan hubungan dengan pasangan, keluarga, rakan, dan rakan sekerja.
  • Persekitaran Negatif: Ia mewujudkan suasana tegang dan tidak selesa bagi orang di sekeliling.
  • Tindakan Agresif: Kemarahan yang tidak terkawal boleh membawa kepada keganasan lisan atau fizikal.

Khamis, 5 Jun 2025

MENGAPA MARAH?

 



Memahami Kemarahan

Kemarahan adalah emosi manusia yang normal dan semula jadi. Ia boleh berkisar daripada rasa jengkel yang ringan hingga kemarahan yang melampau. Walaupun ia adalah emosi yang sah, cara kita menangani kemarahan dapat memberikan impak besar kepada diri sendiri dan orang di sekeliling.


Punca Kemarahan

Kemarahan jarang muncul tanpa sebab. Ia selalunya adalah tindak balas kepada sesuatu yang mencetuskan perasaan tidak senang. Beberapa punca utama kemarahan termasuk:

  • Jangkaan Tidak Selaras dengan Realiti: Apabila harapan atau jangkaan kita tidak dipenuhi, terutamanya jika ia berlaku berulang kali, ia boleh menyebabkan rasa kecewa dan seterusnya marah.
  • Perasaan Sedih atau Kehilangan: Emosi sedih yang dipendam atau tidak divalidasi boleh bertukar menjadi kemarahan. Kadang-kadang, kemarahan adalah cara untuk melindung diri daripada kesedihan yang mendalam.
  • Tekanan (Stres): Tahap stres yang tinggi, sama ada dari pekerjaan, kewangan, atau masalah peribadi, boleh menurunkan tahap toleransi seseorang dan menjadikannya lebih mudah marah.
  • Kurang Tidur: Kualiti tidur yang tidak mencukupi boleh mengganggu keseimbangan kimia dalam otak yang berkaitan dengan emosi, menyebabkan seseorang menjadi lebih sensitif dan mudah marah.

  • Perasaan Tidak Dihargai atau Diabaikan: Apabila seseorang merasa tidak dihargai, tidak adil, atau keperluannya tidak dipenuhi, ia boleh mencetuskan kemarahan.
  • Ancaman atau Rasa Tidak Selamat: Kemarahan boleh menjadi mekanisme pertahanan apabila seseorang merasa terancam secara fizikal atau emosi.
  • Kondisi Fizikal atau Mental: Perubahan hormon (contohnya, semasa haid atau menopaus), masalah kesihatan seperti hipertiroidisme, atau gangguan mental seperti kemurungan, kecemasan, atau gangguan bipolar boleh menyebabkan emosi tidak stabil dan mudah marah.
  • Pengaruh Gaya Hidup: Pola makan yang buruk (tinggi gula, lemak, kafein), atau penyalahgunaan alkohol/dadah juga boleh menyumbang kepada ketidakstabilan emosi.

Trajedi 3 Jun

Kita tidak pernah minta sesuatu yang buruk berlaku baik kepada kita mahu pun ahli keluarga.  Namun, kita tidak mampu menghalang jika itulah ditakdirkan Allah  bakal terjadi.  Demikian halnya trajedi yang menimpa aku lewat  petang Isnin, 3 Jun 2025.

Sebaik selesai memberi cucu kelimaku yang berusia 3 hari menyusu, aku bangun untuk meletakkan  dia di atas tilam.  Ketika itulah, botol susu yang tadinya diletakkan di sebelah jatuh lalu pecah.

Dalam situasi  kelam-kabut dengan sikap alpa aku sendiri, menyebabkan jari telunjuk kanan terluka.  Darah  mengalir deras.  Aku panik.  Suami dan anakku Fatin juga panik apabila melihat   darah di jariku mengalir tanpa henti meski sudah cuba diberhentikan dan dibalut beberapa kali.

Akhirnya dari farmasi Hutan Kampong, aku ke Klinik Al-Fateh.  Dan kemudiannya aku ke Bahagian Kecemasan Kedah Medical Centre (KMC) untuk mendapatkan rawatan.  Aku cuba  menahan kesakitan dengan berlagak tenang meskipun luka di jari terasa ngeri dan dadaku berdebar-debar.  

Dr. Jasminder Singh menerangkan beberapa prosedur yang pihak hospital akan dilakukan untuk mengesan tahap kecederaan.   Kemudian, aku  dibawa ke Bahagian X-Ray.    Sebaik keputusan x-ray diperoleh dan consultasi diberikan kepada aku dan suami, doktor akhirnya memberi aku suntikan dan jari telunjuk kananku menerima 5 jahitan.  

Semua urusan hanya selesai pada jam 8.00 malam setelah melalui detik-detik cemas dari pukul 4.45 ptg.  Sehingga Jumaat 6 Jun, jari telunjuk kanan ini akan berbalut sebelum prosedur seterusnya dilakukan.  

Sebelum meninggalkan bilik kecemasan Dr. Anizar Faizi sempat melawak dan bertanya, "Pn. nak MC?  Nanti saya keluarkan?"

"Untuk apa doktor?   Saya dah pencen."

"Bagi kat suami.  Boleh cuti masak."

Aku, hanya tergelak.  Tanpa MC pun,  aku terpaksa bercuti dari memasak kerana jari yang sakit ini tidak boleh terkena air paling lama sehingga balutan di jari ini akan dibuka pada hari Jumaat ini.

Tetapi apa yang aku dapat, kesakitan ini memberi aku ruang belajar dan membuat semakan semula bagaimana melakukan bertayamum bagi menggantikan wuduk di bahagian jari yang tidak boleh terkena air.  

Apa pun doakan urusan kesembuhan jari telunjukku berjalan lancar.  Apa pun aku bersyukur kepada Allah kerana dalam kesakitan ini pun ada manfaat yang telah Dia selitkanku.  Alhamdulillah.  Bersangka baik kepada apa yang telah Dia rancangkan untuk kita, Insya-Allah kita akan reda dan ikhlas.

NOSTALGIA ZAMAN REMAJA DAN KANAK-KANAK

Inilah sebahagian cerita zaman kanak-kanak dan remajaku.  Cerita yang pastinya mampu mengulang-imbau sejarah kehidupan ketika meningkat rema...