Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

PERJALANAN PANJANG DALAM SEBUAH IKATAN

Imej
 28/1/1990 - 28/1/2024 S uatu perjalanan yang cukup panjang.  Andai diukur dari utara ke selatan, rasanya sudah lebih sepuluh kali hilir-mudik.  Namun, perjalanan itu tentunya melalui pelbagai onak-liku dengan perhentian di beberapa kawasan R&R untuk berehat atau sesekali menarik nafas.   Banyak yang telah kami lalui dan alami sepanjang tempoh itu.  Dari usia remaja hinggalah kini masuk ke alam warga.  Masing-masing belajar mengenali dan memahami diri, tabiat dan personaliti.  Bukan mudah untuk duduk serumah, sebilik malah sekatil bersama-sama orang yang begitu asing. Berkongsi segala pahit-manis malah kedukaan dan ketakutan.   Dialah suami yang menjadi tulang belakang kehidupanku.  Yang sentiasa ada ketika susah dan senang.  Yang sentiasa menyediakan bahunya untuk aku berkongsi cerita.  Malah sentiasa berusaha menenang dan menyenangkan.  Mungkin, dia tidak mampu memberi kemewahan namun dia sentiasa bersedia membe...

WARNA-WARNA KEHIDUPAN 2023

T irai 2023 sudah lama berlabuh. 365 hari, satu perjalanan cukup panjang dan rencam. Sesekali apabila berpaling ke belakang, terasa sukarnya mengharungi liku perjalanan dalam tempoh itu. Namun, akhirnya 365 hari 2023 berlalu dan 365 hari mendatang perlu ditempuhi walau kita tidak pasti bagaimana pula kanvas kehidupan ini bakal dicorakkan. KEPULANGAN / KEMATIAN Memang sudah termaktub sejak azali, hidup lawannya mati. Itu pasti. Sungguh, kematian itu tidak akan terlewat atau tercepat walau sedetik. Demikian yang kami lalui sepanjang 2023 – 3 kematian di sebelah keluargaku dan satu kematian di sebelah suamiku Mohd Sobri Daud Permulaan 2023, kami dikejutkan dengan ‘kepulangan’ anakanda Suriyati Razif pada Isnin, 9 Januari 2023. Almarhumah pergi meninggalkan suami dan 3 orang anak. Lapan bulan berikutnya, kekanda kami Mohidin bin Mahmud menyusuli satu-satu anakanda yang dipunyainya Suriyati Razif . Allahyarham Alang Din (panggilan kami buat beliau) dijemput Illahi pada malam 28...