GURU : MUTIARA HATI KITA
Saban tahun bila tiba hari guru, saya kerap kali diminta menyediakan teks ucapan untuk dibaca oleh anak-anak saya. Pada tahun ini, perkara yang sama berulang lagi kerana puteri bongsu saya diminta menyampaikan ucapan mewakili rakan-rakan pelajar. Berikut teks penuh ucapan yang disampaikan oleh puteri bongsu saya itu... Terima kasih tuan pengacara majlis. Yang berusaha Puan Jelipah bt. Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong. Yang Berusaha Puan Norlia bt. Mohd. Noor., Penolong Kanan Kurikulum. Yang Berusaha Pn. Saadiah bt. Ayob, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Berusaha Tuan Haji Nasis bin Bakar, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya warga SK Hutan Kampong sekalian. Assalamualaikum wbh dan salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru kerana memberi kesempatan kepada saya mewakili teman-rakan yang lain untuk berucap menyampaikan sepatah dua kata sempena sambutan Hari Guru 2010 pada hari...