Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

BERDOA DAN BERSABAR

Imej
Kehidupan adalah putaran bagi sebuah perjalanan.  Ada ketika kita atau mungkin orang yang hampir dengan kita tiba-tiba diserang keuzuran.  Jarak waktu dan masa ada ketikanya tidak pula mengizinkan kita menziarahi saudara-mara atau pun sahabat handai yang sedang menderita sakit.  Maka ambillah kesempatan dalam seminit dua mendokan agar Allah SWT memberi kesembuhan kepada mereka, meringankan kesakitan dan menghilangkan segala kesusahan yang dihadapi termasuk kepada sanak-saudara terdekat atau rakan taulan mereka.  Sesungguhnya doa itu adalah senjata yang paling berkesan.  Janganlah pula kita berhenti berdoa untuk kebaikan setiap individu yang kita kenal dan sayang.  Alangkah baiknya jika doa itu tidak pula diketahui mereka.  Kerana sesungguhnya doa yang ikhlas In Sha Allah akan mudah dimakbulkanNya lantaran kita tidak pernah mengharapkan balasan apa-apa. Bagi sesiapa sahaja, yang ketika ini diuji Allah dengan pelbagai bentuk ujian, baik ...

ANDAI MEMORI ITU DATANG

Andai masih mampu kaupungut  memori silam ambillah dengan tangan kananmu lalu kaubawa perlahan-lahan melintasi ruang fikir berputar dan berlegar indah namun hadirnya hanya untuk kau kenang. Jika kau masih waras berfikir pasti kau sedar semua itu hanya sekadar singgah seketika membuka lapisan  dari helaian demi helaian kalam dairi yang dulu kautulis dengan tintanya kasih penanya maruah dan tunjang ukhwah namun jika hari ini kauingin coretkan lagi memori-memori semalam itu akan dapatkah kau pastikan lenggok tarinya segemalai dahulu? Andai masih ada lagi memori semalam  yang mampu kaupungut lalu kau genggam kuat di tangan kananmu panasnya akan terasa lagikah hingga ke tulang lantaran  dulu itu tidak seperti sekarang hanya yang ada kesakitan demi kesakitan menyusuk bagai duri yang tajam. Jika kau masih merindu pada sebuah kenangan bangun dan mulakan langkahmu  kembali ke semua jalan  dan ambillah satu kesempatan memadam agar hila...

USIA DAN EMOSI

Kita hanya dipinjamkan usia pun laksana sebuah persingahan hari ke hari menghitungnya ke alam abadi. Bisakah kita menjadi dewasa akal dan fikiran selari jalannya dengan usia yang bertambah tanpa menyakitkan? Kadang-kala kita menjadi emosi rupanya kita lupa emosi dan usia itu selari bertambahnya usia bertambahnya sensitif diri namun di luar sana fahamkah mereka kerana apa yang kita rasa tidak mungkin sampai di minda mereka. Usia itu hanyalah satu angka bukan melambangkan matang atau dewasanya kita dan emosi itu hanyalah rasa kerana gagalnya kita mengawal merendahkan luka dan kecewa. Sebenarnya kita bukanlah sesiapa  tambahan tika usia sudah semakin meniti ke hujung dunia tiada manusia akan mengingat kembali siapakah kita dulunya walaupun pernah memberi dan tidak pernah meminta walau pernah menangis dan tiada siapa mengelapnya walaupun pernah berkorban dan tiada ada pula catatannya lantaran kita hanya seorang manusia yang semakin meniti usia-usia tua ...