Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

SEMINGGU INI

  25 Februari 2021 (Khamis) Hari ini merupakan giliran aku BDR.  Namun, kesempatan itu aku ambil untuk ke dua lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan di bawah tanggungjawabku.  Sebelum bertolak ke lokasi pertama yang terletak kira-kira 16 km dari rumah, aku sempat membuat sedikit laporan berdasarkan servey di dalam google drive. Sebaik selesai di lokasi pertama, aku meneruskan perjalanan ke lokasi kedua.  Perjalanan lebih kurang 15 km mengambil masa 12 minit.   Jalan kampung yang agak sempit memerlukan ketelitian ketika memandu.  Aku mengambil keputusan berhenti seketika di pinggir jalan, sambil menikmati sekeping roti pizza kerluaran  Gardinia sebagai sarapan pagi aku dan anakku Fatin yang menjadi peneman setia perjalananku ke dua destinasi ini.  Membuka handphone sambil mencari link yang dihantar ke group whatsapp.  Segera  aku menekan butang ‘join’ untuk mengikuti Program Santapan Minda yang dibuat secara Google ...

MEMBINA RAPPO DENGAN KOTAK TISU

Imej
  7 Februari 2021 (Ahad) Pagi di ruang kerja, aku keseorangan.  Hari masih awal.  belum ada rakan yang masuk ke pejabat.  Mungkin lewat atau mungkin ada yang BDR.  Tambahan sekarang PKP masih dilaksanakan. Rutin biasa, sambil membuka buku catatan dan menulis peringatan untuk tugas hari ini, aku menjamah dua biskut Cream Crakers yang sedia ada.   Saat terpandang kotak tisu di sudut tepi meja, tiba-tiba teringat suatu peristiwa hampir setahun dulu.   “Rasa nak terputus nyawa.”   Seorang wanita separuh umur mengeluh sebaik memasuki ruang kerjaku.   Nafasnya tercungap-cungap.   “Ambil nafas dulu puan.”   Sapaku seramah mungkin. “Duduk dan rileks dulu.”   Pelawaku. Wanita separuh umur itu duduk.   Diikuti seorang lelaki yang datang bersamanya.   Dia mencapai tisu di atas mejaku.   Mengelap peluh di dahi dan menarik nafas perlahan-lahan.   Ruang kerjaku terletak di tingkat tiga, aras 4.  Agak ti...

2 FEBRUARI 2021 (SELASA)

  2 Feb. 2021 (Selasa) Sendirian di pejabat memberi ruang seluas-luasnya melunaskan beberapa tugasan yang tertangguh sejak seminggu lepas.   Sepanjang minggu lepas adalah minggu yang sibuk dengan pelbagai kursus dan bengkel online.     Ditambah pula dengan beberapa tugas yang tiba-tiba muncul.   Macam lipas kudung terpaksa terkejar-kejar untuk menyiapkan semuanya satu-satu agar tidak terlepas deadline. Minggu ini di hujung minggu juga agak sibuk.   Pagi Sabtu 30 Jan. 2021, sedang menyiapkan beberapa tugasan akhir Legasi_abah tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematian kakak sepupu sebelah suami.   Pagi Ahad, ketika di pejabat dapat pula berita, kakak sulung dimasukkan ke hospital Kuala Kangsar.   Sepanjang tempoh PKP ini sudah beberapa kali kakak sulungku itu dikejarkan ke hospital.   Sekali lagi pada pagi Isnin 1 Feb. 2021 mendapat pula khabar suami Kak Ani (Abang Amir) yang memelihara anakku Farah Izzati sejak kecil ditimpa kemalanga...