Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

HARI GURU 2014

Imej
Selesai sudah sambutan Hari Guru peringkat sekolah.  Alhamdulillah, setelah merancang dalam masa yang begitu singkat sebaik habis Kem Kepimpinan pada 7 - 9 Mei; Hari Guru Tahun 2014 berjaya disambut dalam suasana yang cukup meriah.  Jika ditanya dari segi persiapan, masa kurang lebih seminggu memang tidak berbaloi.  Kebetulan ketika yang sama anak-anak Pengawas, PRS dan Pengawas Asrama sedang bergelut menduduki exam pertengahan tahun.  Memang ada sedikit perasaan 'cuak' namun, perasaan itu digabungkan menjadi motivasi! Komitmen yang diberi oleh Cikgu Fadzilah dan Cikgu Noor Azlina cukup besar dan tinggi.  Banyak tugas terutama berhubung dengan Pn. Pengetua diuruskan oleh mereka berdua.  Jadi, tugas menjadi lebih mudah dan alhamdulillah berjaya. Sebenarnya, inilah rasanya sambutan Hari Guru yang cukup menyeronokkan.  Dengan anak-anak yang 'sporting' menjadikan perancangan berjalan dengan jayanya.  Kredit untuk seluruh anak Bahi...

CINTA SEORANG IBU

Imej
Semua kita lahir dari rahim seorang ibu.  Yang mengandungkan kita selama 9 bulan tanpa sebarang kata.  Ke mana juga tika itu kita dibawa bersama - susah-senang, sedih-gembira. Barangkali bila usia meningkat dewasa kita mulai lupa - semua jasa dan pengorbanan seorang ibu yang tiada tepinya.  Ibu.., antara doa yang Allah SWT angkat dan makbulkan.  Maka jadilah kita seorang manusia yang rugi sebaik seorang ibu menutup mata!! Jangan biarkan hati seorang ibu terluka lantaran berdosanya kita baik dengan perbuatan mahu pun kata-kata.  Ibu, jika boleh engkau dikembalikan, aku ingin merasai betapa nikmatnya sentuhan dan peluk kasihmu  malahan leteranmu - yang sering bersama mendidik aku sehingga berjaya menjadi insan berguna. Kutitipkan kerinduan ini buat  anak-anakku juga anak-anak muridku - HARGAI IA SELAGI DIA MASIH BERNAFAS DI DUNIA. Salam kasih buat ibuku Allahyarhamah Aminah - KASIH SAYANG BONDA MENJADIKAN AKU SEORANG MANUSIA!! ...

SEBUAH PERSAHABATAN

Imej
Kutitipkan rindu ini untukmu sahabat yang tiap waktu sujudmu mendoakan aku tanpa jemu. Kausahabatku yang sentiasa dekat meskipun kadang waktu amat jauh yang sentiasa senyum meskipun hatimu berduka tika itu yang sentiasa ada meskipun aku tidak punya apa-apa. Terima kasih sahabat menjadikan duniaku penuh warna hidupku penuh cerita. Kutitipkan rindu dan doa  ini buatmu sahabat agar keberkatan Allah juga sentiasa untukmu sepertimana doamu untukku pada setiap sujudmu juga munajatmu. Terimakasih lantaran kau sentiasa menjadi sebahagian hidupku.

BELAJAR

Imej
  Saya kongsikan beberapa adab belajr dan peta untuk sukses belajar yang saya upload dari laman web untuk anda semua.  Semoga bahan yang saya ambil ini dapat dimanafaatkan dan di'halal'kan oleh pemilik asal iaitu;  http://smkalirshad.edu.my/wp-content/uploads/2013/04/adab-belajar.jpg dan http://www.matrik.net/akaun/?p=455