MENULIS UNTUK ANAK-CUCU
31 Januari 2021 (Ahad) Selesai sudah tugasan yang dipikul selama beberapa hari ini. Alhamdulillah, akhirnya siap juga projek tahun 2021, menulis secebis kisah benar bersama para sahabat Legasi_abah. Semoga usaha ini akan menjadi bahan rujukan anak-cucu apabila tiba waktunya kelak. Banyak cabaran ketika menulis kisah ini. Terutama apabila air mata tidak dapat ditahan ketika mengimbau pelbagai peristiwa yang telah berlaku sepanjang hidup bersama arwah pak. Pasti air mata setiap yang menulis dalam legasi ini turut tumpah seperti mana aku juga. Kesedihan kedua berlaku ketika aku mencari semula gambar-gambar lama untuk kuabadikan sebagai kenangan seperti mana yang diminta oleh Puan Pengetua, Puan sri Diah. Rupanya tidak banyak pak dan mak bergambar berdua. Hanya sekeping yang ditemui itupun terakam ketika mereka hendak menunaikan umrah pada tahun 1997. Menulis kisah hidup ini sebenarnya mengajak kita kembali ke zaman kanak-kanak, remaja ...