KETRAMPILAN DIRI
Golongan remaja perlu membina ketrampilan diri agar dapat menjadi generasi berwibawa. Keterampilan diri memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan remaja untuk menjalin hubungan dengan orang lain. Untuk mengharungi hidup para remaja perlu mempunyai kepercayaan dan kekuatan diri dari segi mental dan fizikal. Persoalan yang sering bermain dalam benak fikiran remaja ialah; · Bagaimana remaja melihat dirinya · Bagaimana remaja mahu dirinya dilihat; dan · Bagaimana remaja mempamerkan dirinya kepada orang lain. Sikap yang baik menyumbang kejayaan kepada individu. Sikap yang baik adalah sangat penting dalam kehdiupan. Ia melingkungi wadah sosial kehidupan termasuk kehidupan peribadi dan profesional seseorang. Bolehkan seseorang berjaya tanpa sikap yang baik? Bolehkah seor...