DIARI SEORANG PESARA 3
Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak masa dihabiskan di pejabat - menyantuni teman-rakan yang memerlukan khidmat-bantu. Memberi khidmat setakat termampu. Sebaik menyarung jersi pesara, kelaziman berjumpa klien termasuk berkomunikasi secara bersemuka sudah dikurangkan. Hanya sesekali apabila dijemput dan khidmat diperlukan di mana-mana. Selebihnya, setiap hari lebih banyak kerja dilakukan dengan mengadap laptop. Atau mungkin sesekali bermonolog tanpa objektif dan matlamat! Namun, Alhamdulillah. Rabu 31 Januari 2024 dengan izin Allah, bersempat menyantuni rakan-rakan Kaunselor Pendidikan daripada Negeri Kelantan. Mereka hadir ke SPsK JPN Kedah atas urusan kerja atau dengan kata lain, merealisasikan Program Jaringan Kolaboratif Kepakaran antara dua negeri. Apa pun, terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Murni Abdul Karim kerana memberi peluang untuk menemui sahabat-sabahat ...