Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

SEKOLAH PENYAYANG 2

Sekarang ini ketika sekolah sesi 2012 bakal dibuka tidak berapa lama lagi, semua sekolah di Negeri Kedah Darul Aman sedang sibuk memperkatakan tentang Sekolaah Penyayang yaang diumumkan kepada seluruh Pengetuaa dan Guru Besar pada 15 dan 18 Disember dahulu. Program Sekolah Penyayang merupaakan program mega JPN Kedah yang perlu dijalankan di sekolah-sekolah. Secara ringkasnya Pelaksanaan Sekolah Penyayang peringkat negeri Kedah yang akan dimulakan mestilah berteraskan kepada 9P dan 5K sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Pelajaaran Malaysia. Apakah yang dimaksudkaan 9P dan 5K itu? 9P merujuk kepada a. Penyayang b. Penerimaan c. Penghormatan d. Prihatin e. P emaufakatan f. Perpaduan g. Persaudaraan h. Pengiktirafaan i. Persefahaman Manakala 5K merujuk kepada 1. Kesepunyaan 2. Kemesraan 3. Kepuasan 4. Keseronokan 5. Kesabaran Bagi mencapaai matlamat yang ditetapkan Sekolah Penyayang, pihak sekolah boleh menjalankan pelbagai aktiviti menjurus kepada "Guru Sayang Murid"...

SEPETANG TIKA MEENZIRAHI SEORANG SAHABAT

Saya bermalas-malas di atas katil sebaik pulang dari sekolah petang tadi. Ambil seminit-dua membelek majalah Al-Islam bulan Disember. Hati tertarik membaca beberapa artikel termasuk pandangan Dr. Azizan Osman dan Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah KUIS, Pn. Sahlawati Abu Bakar berhubung “Istighfar dan Rezeki”. Sedang berenaak-enak anak bongsu saya menghulurkan telefon. “Mak.., ada telefon. Jawab jer..adik daah tekan,” katanya. Terpinga-pingaa sayaa menjawab. Rupa-rupanyaa dari seorang sahabat mengajak saya menziarahi seorang sahaabat yang terlantar sakit – kanser! Tidak segera menjawab, saya menghubungi suami minta kebenaran sebelum pergi. Sebaik mendapat persetujun, saya segera masuk ke bilik air. Cuci muka serba sedikit dan terus berpakaian. Tepat 4.46 ptg, sahabat saya itu sudah berada di hadapan rumah. Kami bertiga mengambil kesempatan menziarahi teman yang sudah berbulan terlantar kesakitan. Sedihnya apabila melihat sekujur tubuh yang dulunya ceria. Tiada apaa yang tinggal – ram...

SEKOLAH PENYAYANG

Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya. Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku . Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu; i. Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. ii. Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berd...

FATIN NAIMAH DAN PMR 2011

TAHNIAH ANAKKU FATIN DAN SELURUH WARGA SMKSDO SERTA SMKSB Debaran makin terasa. Bukan setakat Fatin Naimah yang bakal mengambil resultnya malahan juga adiknya Farah Izzati turut merasakan debaran tersebut. Kakaknya Farhana yang berada di MMU Cyberjaya turut menambah keresahan dalam jiwa. Begitu juga dengan puteri Saleha yang berada di UiTM Seri Iskandar. Masing-masing meluahkan rasa debar yang makin meningkat sedangkan jam terus bergerak melepasi angka sepuluh. Suamiku pula masih kalut di pejabat – banyak yang perlu dilunasi setelah lebih seminggu berkursus dan bercuti. Talian SMS 15888 kebetulan tidak membantu apa-apa. Tiga kali percubaan masih tidak berjawab. Entah di mana pula silapnya. Barangkali begitu ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut sehingga tidak berupaya melayani semua permintaan. “Marzida 8A. Shida dengan Hanna 6A”… Fatin memberitahuku keputusan kawan-kawan baiknya yang sudah mendapatkan result mereka di sekolah. Suamiku balik dan kami tidak tahu bila sudah berada...

PMR, WARIS DAN SMKSB

Seronok sebenarnya melihat gelagat ibu bapa dan pelajar yang berpusu-pusu datang ke sekolah. Kenderaan para waris berderet sepanjang jalan dari luar pagar sehingga ke dewan besar sekolah. Ramainya waris macam SMKSB sedang mengadakan kenduri besar menyambut menantu pula. Di bawah Anjung Petah Bicara pula berbeza keadaannya. Semua orang bagai tidak sabar menanti nama demi nama pelajar yang mendapat straight A’s dipanggil pengacara – Pn. Wan Farahuna. Pelbagai gelagat pelajar dapat disaksikan. Bukan sahaja pelajar malahan ibu bapa dan waris yang sejak tadi sabar menunggu 91 nama pelajar dipanggil satu-satu. Peneraju utama sekolah Pn. Hjh. Rahinun Mohd. Noor jika boleh ‘dibeli’ senyumannya hari ini – harganya tentulah yang paling mahal. Manakan tidak; itulah senyuman penuh kepuasan dari segala titik peluh seluruh warga sekolah sepanjang tahun 2011! Jikalah saya berkesempatan menerokai hati para guru SMKSB saat ini – pasti hati-hati itu sedang berlagu riang. Menyanyikan gurindam penuh kesyu...

KENALI GENERASI Y

Kebelakangan ini kerapkali saya ditanya berkaitan Generasi Y. Ada yang ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan generasi Y walaupun isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Secara mudah saya beranggapan masih ramai yang tidak mempunyai pengetahuan asas berkaitan generasi y meskipun saban hari berhubung secara langsung dengan kelompok ini. Berbicara tentang generasi Y ramai yang bertanya siapa mereka, bagaimana ciri-ciri mereka dan adakah generasi ini lebih baik daripada yang ada. Sebenarnya generasi apa pun hanyalah nama yang bertujuan membezakan beberapa kelompok manusia yang dilahirkan dalam lingkungan tahun tertentu. Saya sukaa merumuskan kelompok ini kepada 4 golongan berdasarkaan pemahaman saya dari bahan-bahan baacaan. 1. Generasi Baby Bloom - kelompok insan yang dilahirkan antara tahun 1946 - 1964 2. Generasi X - kelompok insan yang dilahirkan antara tahun 1965 - 1980 3. Generasi Y - kelompok insan yang dilahirkan antara tahun 1980 - 2000 4. Generasi Platinum - kelompok insan yang l...

Menu dan Petua Untuk Pesakit Darah Tinggi

Hidangan Dielakkan 1. Nasi Beriani / Nasi Lemak / Nasi Goreng / Nasi Ayam 2. Mee Kari Mee/Meehon/ Kuey Teow Goreng 3. Roti canai/ telur/ Murtabak 4. Masak Rendang / Masak Goreng2 / Masak Lemak / Kari Bersantan / Ikan Masin 5. Kuih Bergoreng / Kuih Bersantan Digalakkan 1. Nasi Putih / Kanji 2. Asam Laksa Mee / Meehoon @ KueyTeow Sup / Mee Rebus@Tomyam 3. Capati tanpa ghee / Tosai 4. Masak Tomyam / Ikan @ Ayam Bakar / Ikan Kukus / Masak Asam Pedas / Masak Tomato 5. Sandwich / Apam Tanpa Kelapa / Popiah Basah (tanpa udang / telur) / Kuih Kukus tanpa santan / Buah-buahan Segar Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau Makanlah biji buah Peria atau Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum set...

Cikgu Halijah Mahmud: 14 & 15 NOV. 2011 : LAWATAN PERDANA PROGRAM SELEPA...

Cikgu Halijah Mahmud: 14 & 15 NOV. 2011 : LAWATAN PERDANA PROGRAM SELEPA... : Pelbagai pengisian diadakan untuk menarik minat pelajar datang ke sekolah sebaik habis sahaja Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah...

SEPANJANG JALAN KENANGAN : PROGRAM SELEPAS PMR 2011

Imej
Jualan Mega Tingkatan 3 - Meriah dan Mewah! Bersama Dr. Shahnun Pejabat Kesihatan Daerah Talimat SBP

14 & 15 NOV. 2011 : LAWATAN PERDANA PROGRAM SELEPAS PMR

Imej
Pelbagai pengisian diadakan untuk menarik minat pelajar datang ke sekolah sebaik habis sahaja Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Sebaagai sebuah institusi pendidikan yang mementingkan kemenjadian pelajar, SMKSB turut menyusun dan mengatur pelbagai aktiviti menarik untuk pelajar-pelajarnya. Lawatan Perdana ke Shah Alam dan Kuala Lumpur menjadi antara aktiviti yang mungkin tidak mampu dilupakan. Banyak memori terindah sepanjang lawatan 2 hari 1 malam itu. Moga aktiviti sebegini akan terus memberi impak kepada para pelajar pada masa-masa akan datang.

RABIATUL ADAWIYAH : PERINDU CINTA ABADI

Imej
Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi karya Zahiruddin Zabidi - saya mengambil masa selama 3 hari (28 Nov. - 30 Nov. 2011) untuk menghayati dan menekuninya. Tahniah kepada Zahiruddin atas sumbangannya dalam Novel Islamik yang pada saya cukup terkesan di hati. Menghayati dan membaca karya ini dengan bahasa santai dan mudah menyebabkan saya sukar untuk meninggalkannya. Terasa mahu menghabiskan karya 268 mukasurat ini cukup kuat. Namun, keterbatasan masa dengan komitmed yang lain menjadikan saya hanya berkesempatan membaca pada waktu petang dan malam. Namun alhamdulillah, akhirnya ternoknah juga sehingga ke mukasurat penamat. Secara peribadi saya merasakan karya ini sesuai dibaca remaja sekarang. Sekurang-kurangnya sebagai panduan dalam melayari kehidupan. Mengenali seorang wanita wali Allah yang solehah dan zuhud; meninggakan segala bentuk kesenangan meskipun beliau berkemampuan untuk mendapat kemewahan tersebut. Rabiah (keempat) dilahirkan dalam sebuah keluarga serba daif. Kemiskinan ...

Dan Disember Pun Datang

Sedar atau pun tidak, hari ini adalah 1 Disember 2011. Bererti sudah 11 bulan kita meninggalkan tahun 2011. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Cuma tinggal kurang lebih 30 hari sebelum kita melangkah ke tahun 2012. Sedangkan Muharam sudah kita sambut hampir seminggu lalu. Demikian masa, cukup cepat meninggalkan kita tanpa mahu berhenti walau sejenak. Jika dihitung-hitung, rasanya banyak lagi lompang-lompang kehidupan yang belum terisi. Sungguh banyak. Hinggakan kekadang, perhitungan kita tidak pula menemui noktah. Sedangkan kekosongan hati, kekosongan jiwa masih terasa di mata-mana. Malahan kadang-kala kepuasan untuk mendapatkan sesuatu tidak juga kita capai. Barangkali keluhan saya juga seperti keluhan orang-orang lain. Kita hanya sebahagian dari warna-warna kehidupan dan tugas kita adalah untuk memenuhi setiap ruang kehidupan itu dengan nafas yang berharga. Tentunya yang berharga untuk diri, agama, bangsa dan juga negara. Namun sesekali apabila menconggak-congg...