Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

MENGHITUNG SEBUAH RINDU

Imej
Benarlah kata orang-orang tua, "biarlah kita punya ramai anak kerana dalam ramai itu pun kita akan tinggal sendirian".  Sunyi sebenarnya. Kala malam sebaik masuk ke rumah, rumah ini walau pun tidak sebesar mana terasa sunyinya.  Kalau dulu, rumah ini akan riuh dengan suara anak-anak. Meskipun aku hanya punya 4 orang 'buah hati' namun,10 tahun dahulu suara mereka memenuhi seluruh ruang rumah.  Benar,keempat-empat mereka tinggal di asrama! - bermula dengan abang Mawardi, diikuti kakak Farhana.  Dan kemudiannya Kak Lang Fatin Naimah seterusnya Farah Izzati. Namun rumah ini tidak pernah sunyi ketika hujung minggu. Seronoknya apabilaboleh masak dan makan sama-sama.  Lebih seronok ketika mereka berebut-rebut makan dan makanan yang disediakan habis dengan segera. Namun,sebaik mereka membesar- Mawardi ketika ini sudah pun menjangkau 25 tahun Disember ini.  Sebaik tamat Tingkatan 5, belajar dan seterusnya bekerja.  Rumah ini kehilangan satu suara anak.Dan a...