Muhasabbah Diri
1. Semua orang ada emak dan ayah. Saya juga ada emak dan ayah. Tapi… ada antara kita yang telah kehilangan emak, kehilangan ayah. Sesiapa yang tidak punya emak atau ayah sila datang ke hadapan. (Boleh ulas sendiri, Tanya nama, sejak bila emak/ayah meninggal, sekarang tinggal dengan siapa) Tentu amat menyedihkan kerana telah kehilangan orang yang amat kita sayang. Sebagai tanda ingatan marilah kita sama-sama hadiahkan surah al-Fatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita. Adik-adik… Syukur kerana kita masih ada emak. Ada ayah. Cuba bayangkan kalau kita tidak ada emak. Tidak ada ayah. (boleh tutup lampu) 2. Ingatkah lagi adik-adik susah payah ibu mengandungkanmu Ingatkah adik-adik Bagaimana susahnya ibu melahirkanmu Dari kecil Tika tapak kakimu sebesar dua jari cuma Rengekan dan tangisanmu Buat ibu dan ayah bimbang. Ingatkah adik-adik Mandimu disiram Bajumu dipakai Makanmu disuap Malah Sakitmu diubati Kotoranmu dicuci Dipeluk, dicium (Tunggu sambungan)