SENTIASA BERLAPANG DADA
Kita bekerja dengan pelbagai individu setiap hari. Menemui dan sering menyantuni mereka. Dalam pergaulan seharian tersebut pasti k ita biasa mendengar pelbagai keluhan, sungutan atau mungkin cakap-cakap belakang tentang sesuatu perkara. Antaranya mungkin kita biasa mendengar ungkapan-ungkapan seperti di bawah ini, 1. “Awatla suruh dia? Bukannya dia boleh buat pun”.. 2. “Hish…, susahlah kalau macam ni. Buat apa pun tak pernah berjaya.” 3. “La… asyik-asyik dia je yang dapat pujian. Kita pun tolong buat juga.” Sebenarnya banyak lagi kata-kata, sungutan-sungutan malah rintihan-rintihan yang kita dengar, yang kadang-kala bukan sahaja melemahkan orang yang menyebut tetapi turut melemahkan kita yang mendengar. Jadi., apa yang patut kita buat? Belajarlah untuk menerima setiap apa yang berlaku dengan berlapang dada. Ingat, Allah SWT tidak akan menguji seseorang hambaNya di luar batas kemampuan hambaNya itu. Belajar mengambil iktibar...