EPISOD 2 - CERITA RAMADAN 1440H
S aat berulang-alik ke hospital hampir setiap hari pagi dan petang, ada ketikanya tidak terasa melelahkan. Cuma kerisauan sering melanda menanti kepulangan kedua-dua anakanda dari jauh. Risau dengan kondisi Kak Bibah. Yang kerapnya tidak membuka mata. Namun, 2 hari Sebelum 17 Mei apabila Azril masuk dan membisikkan ke telinganya bahawa Fatin dan Farah akan sampai malam Jumaat 17 Mei 2019; ada sedikit tindakbalas yang dapat kami lihat. Esoknya Kak Bibah dipindahkan ke wad biasa. Semua orang menarik nafas lega. Syukur kerana ada perubahan positif yang ditunjukkan. Alhamdulillah, Fatin dan Farah sampai juga ke rumah malam tanggal 17 Mei 2019 pukul 10 selepas merentasi benua dan lautan lebih 18 jam. Nampak keletihan pada wajah keduanya. Namun, pagi-pagi lagi selepas bersahur dan tidur seketika, kami sudah sampai di pintu wad. Untuk melawat ketika bukan waktunya bukanlah sesuatu yang mudah. Perbincangan dengan 'guard' ak...