Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

KADANG-KALA SUKAR UNTUK KITA MENCARI JAWAPAN

Mata saya sukar untuk dilelapkan. Hari sudah semakin subuh. Sesekali berbaring; akhirnya saya bangun. Suara sayu anak gadis saya Farhana begitu menghantui saya. Esakannya menjadikan saya sukar untuk lelap. Sepanjang minggu ini sudah 6 berita ‘keguguran’ teman-rakan. Dan malam ini, tidur saya terganggu. Juga kerana ‘keguguran’ seorang lagiinsan. Yang begitu rapat dengan anak gadis saya. Naimah namanya. Lewat petang tadi, saya di meja komputer. Menyediakan teks ucapan pengacara majlis untuk pelajar ke Kem Kepimpinan di Singkir. Farhana meluahkan hasrat untuk ke KL. Melawat Naimah. Sudah lama Naimah sakit. Dibawa ke KL berubat. Sebab jauh, saya sering sahaja mendiamkan diri. Tapi kaliini, banyak pula soal saya. Merajuk barangkali; akhirnya Farhana melarikan diri ke bilik. Namun, lewat tengah malam tadi, apabila Farhana menyebamkan muka di riba saya; terasa bersalah!! Sungguh. Rasa sayu mencengkam ke ulu hati. Masih muda anak itu. Baru 18. Namun esok bagaimana?? Saya ada tanggungjawab di s...

KAWAN VS SAHABAT

Hidup ini memerlukan orang lain. Orang untuk kita berkongsi cerita. Berkongsi suka. Berkongsi rasa. Ada orang kita jadikan sebagai kawan. Ada juga kita jadikan sahabat. Semuanya berdasarkan sejauhmana kita menilai mereka di hati kita. Kalau ditanya berapa ramai kawan yang kita miliki? Tentunya tidak mampu kita hitung dengan jari. Namun tentunya jawapan akan berbeza jika ditanya berapa ramai jumlah sahabat yang anda miliki. Adakah masih tidak boleh dihitung dengan jari? Kita boleh bercerita dengan kawan-kawan. Cerita seronok, cerita suka kita. Kawan selalunya kita boleh ajak datang ke rumah. Kita mungkin jemput dan menerima kawan di tepi pagar, di halaman atau mungkin di ruang tamu rumah kita. Sesekali kita juga mungkin makan bersama-sama kawan-kawan kita. Demikian pentingnya kawan. Bagaimana pula dengan sahabat? Kita selalunya bercerita yang lebih peribadi dengan sahabat. Banyak luahan hati dikongsi bersama. Sahabat juga diajak ke rumah. Tempatnya mungkin lebih istimewa – boleh masuk k...

Kursus Kepimpinan

Barangkali saya sukar untuk menterjemahkan bagaimana sambutan dan pandangan para pelajar serta waris melalui pengisian program yang dianjur untuk pelajar sejak kebelakangan ini. Bermula dari kursus kepimpinan pengawas fasa 1 dan 2, kemudian kursus PRS Fasa 1, 2 dan 3; dan sekarang Kursus Kepimpinan Pelajar yang akan berlangsung di Pusat Kokurikulum Kem Singkir – bagai satu rempuhan tsunami. Baik pelajar mahu pun para waris; malahan semua warga SMK Sultanah Bahiyah bagai dikejutkan dari satu mimpi yang panjang. Hari-hari saya didatangi malah dihujani pelbagai soalan – malah kadang-kala terasa sukar untuk dijawab bagaimana. Setiap pelajar ingin turut serta, ibu bapa juga mahu anak-anak mereka diberi peluang yang serupa! Teringat zaman saya menjadi pelajar – aktiviti lasak sebegini yang mengajar erti persahabatan, keakraban, kekitaan, kedewasaan malah kehidupan sering didedahkan dalam aktiviti perkhemahan luar. Keupayaan merentas halangan, memasak dalam perkhemahan luar, menyediakan hidan...

MENERIMA DAN DITERIMA

'Menerima' barangkali begitu mudah untuk kita menerima orang lain. Baik kehadiran mahu pemberian. Itu pun seandainya kita sering bersangka baik dengan orang di sekeliling kita. Bagaimana pula pula dengan 'diterima'? Adakah anda rasa begitu mudah kita 'diterima' oleh orang lain. Baik diri mahupun pemberian kita. Menerima maksudnya kita yang mendapat sesuatu, manakala diterima membawa pengertian kita memberi sesuatu kepada orang. Kedua-duanya membawa implikasinya yang tentunya berbeza kepada dua indvidu yang berbeza. Jika tidak diterima, sudah pasti impikasi atau impak terlempias sama ada kepada pemberi juga kepada individu kedua. Begitu juga yang sebaliknya. Demikianlah, suatu kehidupanyang kita nampak mudah dan santai namun impaknya bukan sedikt kepada pembangunan modal insan. Ada insan begitu terluka apabila dirinya tidak diterima orang sekeliling; ada juga orang begitu riak dan takbur kerana menganggap dirinya begitu glamour kerana diterima oleh masyarakat sek...

SEJUTA MEMORI SERIBU INSPIRASI

Imej
MESYUARAT AGUNG PIBG

CERITERA TINGKATAN 6 (GUGUSAN HARAPAN PN. PENGETUA)

Saban tahun selepas keluar keputusan peperiksaan SPM, tidak lama selepas itu datanglah satu senarai panjang nama-nama pelajar yang berjaya diterima masuk ke tingkatan 6 atau dinamakan PRAU I. Kami guru-guru pun menuggu dengan penuh debaran, siapa lagi yang akan mendaftar kembali ke sekolah, kerana selalunya pelajar yang diterima masuk sangat ramai - mencecah 90 orang setiap tahun. Puas kami memikirkan kelas yang hendak disediakan untuk jumlah pelajar yang begitu ramai. Tapi selepas seminggu kami menanti, kami pun bersenang hati, tapi sedikit kecewa kerana tingkatn 6 tidak menjadi pilihan pelajar. Barangkali ramai yang mendapat tawaran rasa serik untuk datang dan kembali belajar ke sekolah Bahiyah kerana, selepas meninggalkan tingkatan 5, dengan pelbagai karenah guru yang memaksa mereka rajin, komited dan bersungguh-sungguh, menjadikan mereka rasa tidak tertahan lagi untuk bekerja keras seperti yang dipinta oleh guru. Barangkali tamat tingkatan 5 merupakan satu rahmat kepada mereka, ker...

MEMBINA DIRI; MEMBIMBING RAKAN

Dalam kesibukan melunaskan tugas-tugas bertimbun di sekolah, saya dan guru-guru terpilih masih berkesempatan menghadirkan diri ke suatu kursus dalam perkhidmatan anjuran sekolah. Membina diri; Membimbing Rakan di Bustani Hotel. Lumrahnya begitulah. Sebagai guru, kita sewajarnya diberi motivasi berterusan untuk membina diri; bukan hanya membina pelajar. Kejayaan seorang guru membentuk pelajar bergantung kepada sejauh mana dia berjaya membina diri dan kemudian orang lain. Kehidupan seorang guru di sekolah cemerlang seperti SMKSB tentunya memerlukan pendekatan yang berbeza jika dibanding beza dengan sekolah-sekolah lain. Beban tugas, komitmen malahan tuntutan waris turut berbeza. Maka tidak mustahil satu pendekatan untuk membolehkan guru-guru membina diri mereka diberi keutamaan memandangkan guru-guru inilah yang menjadi tulang belakang kecemerlangan masa depan pelajar. Sebenarnya bukan sedikit masa, tenaga dan wang yang dikeluarkan untuk merealisasikan impian ini agar menjadi kenyataan. ...

SEJUTA MEMORI SERIBU INSPIRASI

Imej
Gambar-gambar Oentasi Tingkatan 1 dan Kursus Kepengacaraan di Dewan SMKSB Kalian pengisi jiwa; penyejuk mata; penawar segala duka. Moga terus bergerak seiring harapan dan doa.

SEEJUTA MEMORI SERIBU INSPIRASI

Imej
ANDA JIWA SAYA YANG SENTIASA SEGAR DAN TIDAK BISA MATI.

KEPIMPINAN PENGAWAS

"Seronok cikgu." "Buat lagi." " Nak yang lebih mencabar. " "Kutip duit cikgu. Anak saya nak ikut juga." Macam-macam suara yang saya dengar sebaik saya menjejakkan kaki ke sekolah selepas menghadiri seminar di Putrajaya dari 1 - 4 April 2011. Semuanya memfokuskan kepada kursus pengawas yang telah berlangsung dari 29 - 31 Mac di Pendang Lake minggu lepas. Ramai yang memberi respon positif. Banyak yang memberi komen membina. tidak kurang yang menunjukkan rasa tidak puas hati kerana masa kursus pendek dan mereka tidak terpilih. Bangga!! Sebenarnya itulah yang saya rasa. Apa tidaknya? Sudah lama saya bercita-cita ingin membuat kursus seperti ini; yang dapat membina jiwa kental pelajar dan pemimpin. Saya ingin juga menerapkan semua ilmu ini kepada pelajar-pelajar dalam peseatuan beruniform; tracking, camping; kembara dan segala macam ilmu yang saya miliki. Sebenarnya saya berasa cukup rugi jika pelajar tidakdiberi pendedahan tentang ilmu kepimpinan dan...

BROSUR, BROSUR, BROSUR

Buat brosur lagi. Komuter pulak buat hal. Nasiblah saya masih ada komputer di rumah. Terpaksa bersengkang mata di rumah untuk menyiapkan dua brosur dalam satu masa. Satu untuk Pesta Pantun Daerah pada 29 - 31 Mac 2011 dan satu lagi untuk Merentas Desa pada 2 April 2011. Penatnya apabila apa perubahan 'lastminute' yang perlu dibuat. lagi pening kerana masalah komputer yang tidak punya software bagi satu-satu perisian. Biasalah memandangkan komputer milik peribadi yang ada di bilik kaunseling merupakan komputer lama. dengan RAM yang rendah mana mampu menampung terlalu banyak software yang canggih-canggih. Nasib baiklah, kemurahan hati suami memberi 'pinjam' dua buah komputer membantu banyak kerja-kerja pengurusan. Syukurlah. Sekurang-kurangnya brosur yang diperlukan siap juga walaupun banyak sekali kekangan yang muncul...

KURSUS PRS FASA 3

Berlangsung untuk kesekian kalinya tanggal 25 Mac (Jumaat) 8.00 pg hingga 12.00 tgh Kursus PRS Fasa 3. Tidak banyak yang dikongsi hanya pendedahan kemahiran kepada para peserta seperti kemahiran komunikasi, esertif, empati, membuat keputusan, interpersonal, ciri-ciri kepimpinan dan sedikit perkongsian idea ketika sarapan bersama. Walau sikit dan santai, namun cukup menarik dan berkesan. Moga PRS akan bangun menjadi sabahagian pemimpin kecil dibanggakan pihak pengurusan sekolah.

Kita Mencipta Sejarah Kita Sendiri

Tanggal 23 Mac 2011 sudah lama berlalu. Barangkali kerana keterbatasan masa, saya tidak pernah berkesempatan menulis tentang keputusan SPM 2010 di ruangan ini. Banyak sebenarnya yang ingin saya kongsi. Bermula dengan STPM dan kemudian diikuti SPM. Namun, kekangan masa sering kali membatasi saya. Entah. Kadangkala, saya rasa berada dalam satu zon yang berbeza. Mungkin saya tidak melihat kepada ramainya pelajar yang mendapat street A dalam SPM tetapi saya melihat kepada berapa ramai anak-anak saya (yang sering datang berkongsi suka duka di bilik saya; menyebamkan muka di riba saya; bertanya mengapa dan sebagainya) mendappat keputusan baik dalam SPM 2010. Itu sudah cukup membahagiakan. Bagi saya setiap kita berhak dan mampu membina sejarah diri kita sendiri. Terpulang kita untuk mencipta sejarah yang bagaimana. Biar berjuta orang meletakkan seribu persepsi namun kita mesti utuh dengan jati diri sendiri. Bangun untuk diri. Buktikan bahawa kita juga mampu memberi satu kejutan untuk orang la...

SEMINAR IPT 2011

Selesai sudah majlis perkongsian ilmu berkaitan kemasukan pelajar ke IPT bagi tahun2011. Terasa kami orang-orang yang rugi kerana diberi kesempatan yang akhir mennerima maklumat untuk disebar luas kepada seluruh warga pelajar. Bila saja sampai ke SMKSB tentunya tarikh akhir pemilihan ke ipt susuh pun ternoktah. Bagaimanakah maklumat yang begitu banyak di bahu ini perlu digalas untuk disampaikan kepada mereka pada saat ini? Barangkali saya bukanlah keseorangan yang berasa begitu bersalah. Kasihan anak didik yang tentunya punya keinginan dan harapan cukup tinggi untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Namin, bagaimana mereka boleh diberi bantuan? Cuma satu sahaja yang mampu saya lakukan selepas ini, menyediakan sebanyak mungkin maklumat kepada pelajar yang masih ada di tingkatan 4 dan 5 serta yang lain-lain agar sentiasa peka. Bersedia dengan perubahan dan belajar menghadapi pelbagai bentuk kemungkinan berlaku dalam dunia perubahan global. Saya tidak mahu terus me...