HARI INI HARI JUMAAT
Hari ini hari Jumaat yang rasanya cukup tenang. Bangun ketika azan subuh belum berkumandang dan ketika itu suami saya sedang membaca al-Quran. Begitu rutinnya setiap awal pagi. Bangun, solat dan membaca Al-Quran sebelum pergi berjemaah di surau. Hari ini hari Jumaat yang cukup mendamaikan. Selepas selesai membasuh kain, dan kebetulan perut pun terasa sedikit lapar, saya bersama suami dan anak saya Fatin Naimah keluar sarapan bersama. Jalan-jalan di pasar membeli seekor dua ikan untuk dimasak tengah hari ini. Ikan 'lampam' masak tempoyak dengan timun. Mesti sedap! Hari ini hari Jumaat yang cukup selesa. Kebetulan pula minda terasa lapang. Banyak tugasan yang selesai minggu ini. Terutama Program Selepas PMR dan juga Tokoh Bitara. Terasa minda tidak pula terbeban. Cuma ada beberapa tugasan yang belum dimula. Tapi rasanya jika benar-benar fokus, akan siaplah semuanya dalam beberpa hari ini. Pelapora...