Catatan
Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016
KAWAN-KAWAN MEMAINKANPERANAN BERKESAN DALAM MEMBINA SAHSIAH
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
DEBAT (KERAJAAN) Perdana Menteri Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang. Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Saya amat bersyukur kerana berkat keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan. Selaku Perdana Menteri, izinkan saya membentangkan usul “Kawan-Kawan Berperanan berkesan Dalam Membina Sahsiah Pelajar”. Saya percaya bahawa selepas perbahasan sidang dewan yang mulia ini, usul ini bakal diluluskan dengan sokongan suara majoriti. Tuan Yang Dipertua, Sidang hadirin sekalian, Terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan tajuk perdebatan kita pada hari ini mengikut fras...