Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

HARI RAYA KALI INI

Imej
Raya kali ini kami hanya berjaya mengumpul 3 beradik daripada 6 beradik yang sepatutnya kami punya.  Kebetulan kedua-dua adik lelaki kami mempunyai urusan masing-masing.  Seorang berhari raya di rumah keluarga mertuanya di Sungai Petani Kedah.  Manakala seorang lagi terpaksa bertugas di hari raya demi kebajikan semua pengguna Lebuhraya PLUS memandangkan tugas yang ditanggungnya sebagai salah seorang kakitangan PROPEL.  Manakala abangku pula menerima kunjungan tetamu sehingga menggagalkan dirinya untuk turut serta. Sebenarnya selepas kepergian Allahyarhamah bondaku Aminah dan kemudian diikuti ayahandaku Mahmud 2 tahun kemudian, selalunya kami akan berkumpul di rumah kakak sulungku yang kami panggil 'Nyah'.  Di sinilah kami sering berkongsi cerita malah kadangkala mengimbau nostalgia bersama seluruh anak-anak buah yang semakin meningkat dewasa.  Banyak sebenarnya kenangan suka duka sepanjang membesar dan seterusnya membina keluarga yang sepatutnya menja...

BERAKHIR SUDAH RAMADHAN

Imej
Sudah lengkap sebulan berpuasa dan kini Ramadhan memohon untuk mengundur diri.  Demikian cepatnya masa berlalu meninggalkan kita meskipun kita berasa tidak berkeupayaan untuk membiarkan 'dia' meninggalkan kita.  Syawal datang membawa seribu cerita.  Ada cerita yang seronok untuk dikenang dan ada juga yang cukup meruntun jiwa.   Seperti mana rutin setiap awal Syawal, selepas 'ketiadaan' Allahyarhamah bondaku Aminah serta ayahanda mertuaku Daud bin Ahmad - kami kerap kali berhari raya di Kedah.  Awal pagi seawal 4, kerapnya aku sibuk menyediakan juadah untuk tetamu yang hadir.  Memandangkan jarak rumah yang begitu hampir dengan surau, kerapkali rumah kami dipenuhi jemaah surau sebaik selesai solat sunat Hari Raya.  Dan kunjungan tetamu para jemaah ini akan berterusan sehingga lewat tengahari.  Begitu juga dengan kehadiran 1 Syawal kali ini.   Begitulah suasana Syawal yang kami raikan sepanjang lebih 10 tahun dahulu sehingga kini...