Sebenarnya selepas kepergian Allahyarhamah bondaku Aminah dan kemudian diikuti ayahandaku Mahmud 2 tahun kemudian, selalunya kami akan berkumpul di rumah kakak sulungku yang kami panggil 'Nyah'. Di sinilah kami sering berkongsi cerita malah kadangkala mengimbau nostalgia bersama seluruh anak-anak buah yang semakin meningkat dewasa. Banyak sebenarnya kenangan suka duka sepanjang membesar dan seterusnya membina keluarga yang sepatutnya menjadikan kami lebih matang dalam setiap tindak dan perbuatan.
Sehari berada di Kuala Kangsar - mengunjungi emak-emak saudara sebelah ibu dan ayah, mengunjungi keluarga abang dan adikku menjadikan setiap hari raya yang kami sambut sangat bermakna. Meskipun setelah ketiadaan kedua-dua insan yang sangat besar maknanya dalam kehidupan kami namun, kami masih mampu menyambut kedatangan Syawal dengan cara tersendiri meskipun rentaknya mungkin sedikit berbeza.
Untuk bondaku, ayahandaku juga kedua-dua kekandaku - Yusuf dan Latifah; kehadiran Syawal sentiasa menjadikan ingatan kami tidak pernah padam buat kalian. Semoga kalian tenang di sana dan Hari Raya kali ini tidak pernah memadamkan ingatan kami kepada kalian.
Salam Syawal buat seluruh keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan