Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN TARIKH KELAHIRAN - HALIJAH

Imej
3O  Mac - suami, anak-anak, kakak, adik-adik, teman-rakan malah anak-anak murid; yang rapat mahu pun yang jauh sama-sama mengucapkan "Selamat hari lahir" untukku.  Seronok?  Gembira?  Macam-macam rasa bersilih-ganti ketika sedetik lagi usia menginjak dari satu angka ke suatu angka yang lain.  Sedar mahu pun tidak, rela atau mungkin suka, detik itu akan berlalu saat demi saat membawa kepada minit, jam dan kemudian hari terus pula berubah.  Demikian cepatnya masa berlalu.  Begitu cepat sehingga terasa tidak sedar bahawa usia semakin menghampiri ke noktahnya  yang ditentukan Illahi. Sememangnya aku begitu teruja apabila melihat 'wall fb'ku penuh dengan mesej dan pesanan yang ditinggalkan.  Menunjukkan betapa aku 'disayangi' (barangkali) dan 'diingati (tentunya) oleh ramai orang.  Namun, dalam meniti bait demi bait yang ditinggalkan hati sering terdetik apakah akan ada lagi ucapan yang bakal aku terima pada tahun-tahun yang akan datang....

PERASMIAN SEMINAR KELUARGA PEMANGKIN KECEMERLANGAN

Imej
Bagi yang berminat dan selalu mengikuti blog saya, di sini saya kongsikan teks ucapan perasmian Seminar Keluarga Pemangkin Kecemerlangan yang saya sediakan untuk perasmi ketika saya menjadi Jurulatih Unit Khidmat Masyarakat di Universiti Utara Malaysia pada tahun 2010 yang lalu.  Moga dapat menjadi panduan semua. UCAPAN PERASMIAN SEMINAR KELUARGA PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEGIATAN LUAR KULIAH (KLK) KOKURIKULUM UNIT KHIDMAT MASYARAKAT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA TARIKH :   22 JANUARI 2010 HARI : JUMAAT Yang Berusaha Pn. Idawati Kaunselor LPPKN Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berusaha En. …………………………………. AADK Negeri Kedah Darul Aman, Jurulatih-jurulatih Unit Khidmat Masyarakat dan seterusnya para pelajar yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alahamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama dalam majlis ilmu pada pagi ini.   Terlebih dah...

SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga     hal iaitu:-    1] Shadaqah jariah    2] Ilmu yang bermanfaat    3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )       SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU 1.       Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat 2.       Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit       menggunakannya, anda dapat hasanah Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat 3.       Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang Share constructive reading material with someone ...

SEBUAH KEHIDUPAN

Imej

RINDU

Imej

DISIPLIN MEMBENTUK KEBERSIHAN DAN HARGADIRI

Kita kerapkali mendengar orang berbicara perihal disiplin terutama apabila dikaitkan dengan murid-murid sekolah.  Seringnya pula disiplin ini dikatakan sebagai satu cara seseorang individu mengawal diri dan tingkahlaku mereka kepada suatu peraturan atau undang-undang tertentu.  Ketidakbolehan individu mengawal diri akan menyebabkan mereka melanggar peraturan atau undang-undang yang ditetapkan - dan ini dikatakan sebagai perlanggaran disiplin. Pada pandangan peribadi saya, disiplin merupakan sesuatu yang sangat penting dan menjadi titik tolak kepada kesempurnaan sebuah kehidupan termasuk kejayaaan dan kecemerlangan.  Bagaimana kita melihat seorang yang berjaya baik dalam kerjaya atau kehidupan - pastinya berpaksikan kepada disipin diri yang tinggi.  Disiplin diri yang tinggi mampu membentuk diri individu menjadi seorang yang bersih baik fizikal mahupun mental.  Selalunya individu berdisiplin akan berfikiran lebih matang, terbuka dan jauh ke hadapan.  Id...

CERITA IBU 2

Bukanlah mudah sebenarnya untuk kita mengubah semua yang sudah terbiasa dalam kehidupan kita.  Tambahan jika sesuatu yang kita tidak biasa lakukan.  Pertemuan dengan seorang ibu dan ceritanya tentang hubungan antara suami dan anaknya begitu menyentuh hatiku.  Sesekali apabila berfikir tentang Generasi Z yang sedang kami depani sekarang, ternyata ada benarnya.  Bertembung pula dengan kita generasi yang dididik dengan sejuta peraturan dan undang-undang. Benarnya menurut kajian-kajian, Generasi Z ini merupakan generasi yang suka bertindak ikut kata hati,  berfikir - jika orang lain boleh, mengapa tidak saya?  Tidak takut menghadapi cabaran lantaran mereka sentiasa merasakan hanya tindakan mereka sahaja yang betul dan benar.  Mendekati generasi ini perlulah sentiasa diberi dipuji dan disokong pula dengan hujah-hujah bernas tanpa menampakkan kelemahan mereka, tidak boleh dikasari kerana kekasaran akan dibalas dengan tindakbalas kasar juga. Demikian...

CERITA IBU 1

Saya didatangi seorang ibu muda dengan mengendong anaknya kira-kira dua minggu lalu di bilik saya.  Seperti biasa, saya  menyambut kedatangan itu dengan hati terbuka.  Sambil mempersilakan dia duduk tangan saya segera pula menyantuni anak kecil yang dikendungnya.  Dari loghat tutur katanya, minda saya terus menangkap bahawa wanita di hadapan saya ini bukanlah orang tempatan.  Maksudnya bukanlah orang dari kawasan saya mengajar ini. Selain bertanya khabar, bertanya nama saya juga memperkenalkan diri saya kepadanya.  Sebaik ternampak sedikit kekenduran pada wajahnya saya lantas bertanya; "Sebenarnya apa yang saya boleh tolong puan.." Tiba-tiba matanya berkaca.  Saya tahu ada yang ingin dikongsinya dengan saya.  Itulah sebahagian cerita kira-kira dua minggu lalu.  Akhirnya sesi demi sesi saya lalui dengan anaknya.  Kerapkali saya menunggu di pintu pagar melihat dan menanti kehadiran anaknya ke sekolah.  Melihat apakah ak...

KURSUS PRS KALI PERTAMA 2013

Imej
Tahniah kepada semua anak-anak PRS yang menghadiri kursus hari ini.  Meski kita berdepan dengan pelbagaikekalutan, alhamdulillah semuanya sudah kita sempurnakan hari ini.  Inilah antara aktiviti yang dilakukan mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh selepas sedikit penerangan kepada ahli-ahli baru apa itu PRS serta peranan dan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan. Slot 1 :  Salam Ukhwah PRS Bahiyah Seronok juga mengendalikan kursus kali ini meskipun setiap minggu (Jumaat) kena datang ke sekolah.  Tapi sebenarnya itulah kepuasan.  Komitmen ahli-ahli PRS sememangnya amat baik.   Slot 2 :  Gaya Tindak Kadang-kadang apabila melihat orang lain kita dengan mudah memberi komen tetapi sebaik kena pada diri sendiri sukar juga rupanya untuk segera bertindak dan buat keputusan.... Slot 3 :  Komunikasi dan Halangan Dalam Komunikasi Rupa-rupanya dalam komunikasi juga ada pelbagai halangan sehingga mengganggu mesej yang hen...

KEMBARA SEBUAH PERJALANAN (3)

Imej
Banyak sebenarnya yang ingin dikongsi sepanjang perjalanan ke Tanah Suci Mekah dan Kota Madinah pada 7 - 17 Feb. 2013 yang lalu.  Jika ditanya pada diri, sesungguhnya keinginan untuk menjejakkan kaki ke sana lagi begitu tinggi dan menebal.  Rugi pulalah rasanya kerana mengambil masa cukup pendek untuk mendekatkan diri di Rumah Allah SWT itu.  Ya lah, 11 hari ditolak 2 hari untuk perjalanan cuma tinggal 9 hari sahaja bakinya - 4 hari di Madinah dan 5 hari di Mekah; terasa tidak puas mengatur langkah hari-hari bersama jemaah lain ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.  Demikian besarnya kuasa Allah, setiap yang datang pasti hatinya meruntun-runtun untuk datang dan datang lagi - dan kemudian menghitung rindunya yang tiada bertepi.   Ketika inilah, jauh di sudut hati saya teringat Allahyarham Ayahanda saya Mahmud, yang ketika usia tuanya (75 tahun ketika itu) masih ingin pergi ke Mekah walaupun ditegah anak-anak kerana ketidakupayaan dan keuzurannya.  T...

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS FASA 1 (28 Feb. & 1 Mac)

Imej
Tahniah kepada semua pengawas SMK Sultanah Bahiyah kerana komitmen yang tinggi sepanjang kursus berlangsung.  Aktiviti LDK yang berlangsung pada pagi Jumaat 1 Mac melihatkan kesungguhan dan kerjasama semua dalam merealisasikan harapan dan impian.  Jom berLDK dengan belon... LDK 1Aktiviti 1 :  Pakat-Pakat Jaga : Kita Hapus Musuh Kita   Aktiviti 2 LDK  :  Pas Belon Aktiviti 3 LDK  :  Jangan Pecahkan Saya Aktiviti 4 LDK :  Hargai NikmatNya Tahniah pada semua.  Nanti saya masukkan pula gambar-gambar Ice Breaking dan Ceramah serta LDK yang lain.  Jadilah pemimpin disenangi dan disayangi serta dihormati semua pihak.  Anda boleh; Anda Hebat!!