SEHARI DI MRSM ULUL ALBAB
15 Disember jam 10.30 pagi bersama suami bergegas ke WSP Language untuk mengambil Farah Izzati yang sedang mengikuti kursus intensif Bahasa Inggeris bersama kakaknya. Perjalanan dari Alor Setar Ke Kepala Batas merupakan perjalanan santai. Farah Izzati hanya akan menduduki temuduga pada pukul 2.30 petang. Sebaik sampai, aku mengajak suami mencari lokasi MRSM Kepala Batas. Mudah untuk membuat perancangan. Di pekarangan sekolah ramai waris sedang menunggu. Barangkali sesi pagi sudah selesai. Kami berpatah balik untuk mendapatkan makanan tengah hari lantaran lokasi sekolah sudah diketahui. Selesai makan, terus ke Plaza Tol Bertam – menunggu masa solat zuhur dan memberi ruang untuk Farah Izzati menyalin pakaian sekolah. Bertolak ke MRSM tepat 1.50 petang. Ramai waris berbaris mendaftar. Kami ke kaunter pendaftaran. Mudah. Diberi surat akujanji dan Farah ditempatkan bersama group kedua. Perjalanan Farah menghadiri temuduga bermula. Getar di hati memang terasa. Teringat kumat-...