15 Disember jam 10.30 pagi bersama suami bergegas ke WSP Language untuk mengambil Farah Izzati yang sedang mengikuti kursus intensif Bahasa Inggeris bersama kakaknya. Perjalanan dari Alor Setar Ke Kepala Batas merupakan perjalanan santai. Farah Izzati hanya akan menduduki temuduga pada pukul 2.30 petang. Sebaik sampai, aku mengajak suami mencari lokasi MRSM Kepala Batas. Mudah untuk membuat perancangan. Di pekarangan sekolah ramai waris sedang menunggu. Barangkali sesi pagi sudah selesai. Kami berpatah balik untuk mendapatkan makanan tengah hari lantaran lokasi sekolah sudah diketahui. Selesai makan, terus ke Plaza Tol Bertam – menunggu masa solat zuhur dan memberi ruang untuk Farah Izzati menyalin pakaian sekolah.
Bertolak ke MRSM tepat 1.50 petang. Ramai waris berbaris mendaftar. Kami ke kaunter pendaftaran. Mudah. Diberi surat akujanji dan Farah ditempatkan bersama group kedua. Perjalanan Farah menghadiri temuduga bermula. Getar di hati memang terasa. Teringat kumat-kamit suami berdoa ketika Farah mengisi borang aku janji sebantar tadi. Dalam hati berselawat dan beristifar agar Farah diberi kelapangan berpanjangan ketika berhadapan dengan pememuduga.
Ruang menunggu terasa begitu padat dan perit. Melihat anak bongsu menghampiri setelah lebih 80 minit meninggalkan aku untuk ditemuduga, hati berasa sedikit lapang. Menghafal dalam masa 30 minit 4 ayat dari Surah Al-Baqarah, temuduga lisan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya, Ujian Jawi (20 soalan) dan Ujian Sikap (30 soalan). Anakku membawa cerita pelbagai. Jauh di sudut hati berharap agar apa yang dikorbankan ini membuahkan hasil. Minatnya yang mendalam dalam Bahasa Arab menyebabkan pemenuduga turut meminta bercakap bahasa berkenaan sepatah dua. Farah menarik nafas lega. Katanya soalan akhir yang ditanya menyebabkan dia memohon bercakap dalam bahasa Melayu – bukan tidak boleh Cuma takut maksud yang hendak dikatakan tidak tercapai. Jauh di sudut hati rasa bersyukur – pandai pula anakku ini; membuat sesuatu dalam saat genting sebegitu.
Sebenarnya jika ditanya pada diri; aku mahupun suami sangat berharap agar puteriku ini dapat meneruskan pengajian di sini. Mengikuti pengajian seperti pelajar lain, belajar Bahasa Arab dan seterusnya menjadi hafizah dalam masa 3 tahun. Siapa yang tidak mahu. Namun jika anakku terpilih rasanya Allah telah memilih dia dari 1622 orang calon lain. Yang diperlukan Cuma 180 sahaja! Moga ada ruang di situ.
Belajar untuk memberi dan selalu pula bersedia menerima. Untuk kita hanya dipinjamkan sementara!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
DIARI SEORANG PESARA 3
Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...

-
Anak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di sekolah rendah. Sebagai gala...
-
Sebagai seorang guru kadang-kadang kita hairan mengapa pencapaian akademik para pelajar kita ada yang semakin merosot. Atau barangkali ke...
-
Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha ...
anak puan dah dpt ke kat albab tu
BalasPadamSalam Tanpa Nama, ana saya Farah Izzati tidak meneruskn pengajiannya di MRSM Ulul albab tetapi meneruskan pengajiannya di SMKAgama kedah. dah ting. 2 pun tahun ini...
BalasPadamBoleh share tak kenapa tak teruskn kat ulul albab
BalasPadamSalam puan boleh tak kongsikan kenapa tak teruskn di ulul albab
BalasPadamanak makcik baca 4 ayat saja ke ? sebab dia tulis dalam tu ,, dalam masa 25 minit ,, kena hafal 1 mukasurat al-quran
BalasPadam