Bukan kali pertama Mak Ngah Lin menyuarakan hasratnya untuk aku membantu mencari dan menyusun semula susur-galur keturunan Kulob Kumbang. Berkali-kali namun, aku masih tidak ambil peduli. Kenduri Omai dan Jai 27 Dis. 2025, sekali lagi Mak Ngah termasuk adiknya Mak Cik Ani memujuk aku mengumpul maklumat berkaitan. Seperti biasa, aku ambil pendekatan diam dan senyap. Malas sebenarnya nak serabutkan otak berfikir dan buat semua itu. "Kamu kan suka sejarah Jah?" Mak Ngah memancing aku dalam perbualan kami. "Hish..., mana ada. Sejarah tak pernah lulus dulu." Cepat aku membalas dengan ketawa berderai. Memang dulu aku selalu 'kalah' dengan subjek Sejarah. Bergambar Dengan Mak Nagh Ketika Majlis Perkahwinan Izhan di Kuala Kangsar Namun, awal April 2026, ketika masih dalam suasana berhari raya, aku dihubungi melalui wasap oleh anak saudaraku, Izhan. Keterujaannya untuk mengetahui susur-galur keturunan Tok Nyang Kulob Kumbang membu...