Kebetulan jika masih ada baki daging korban, bolehlah cuba resepi nasi daging yang saya buat untuk keluarga makan ketika berkumpul beramai-ramai. Menu ni agak simple, tapi kalau kena cara memang sedap makan panas-panas. Bolehlah juga digantikan daging dengan ayam.
| Petugas Melapah Daging Semasa Hari Raya Korban Baru-Baru Ini |
RESEPI NASI DAGING MAK
Rebus daging separuh empuk. Potong ikut besar mana yang kita suka (A)
Bahan Untuk Nasi
2 sudu besar rempah kurma + 1
sudu besar rempah kari – bancuh dengan air (B)
3 ulas Bawang putih, 3 biji bawang
merah, 1 inci halia dihiris halus +
kulit kayu manis, buah pelaga (3@4) dan bunga lawang (3@4) – tumis sampai
kuning. Masukkan bancuhan rempah (A)
Tunggu pecah minyak baru masukkan
2 1/2 cawan air rebus daging dan hirisan daging (A). Biar sehingga mendidih.
Masukkan ½ cawan susu cair. Biar mendidih. Masukkan 2 1/2 cawan beras
yang telah dibersihkan. Masak sehingga
beras kering. Boleh tabur bawang goreng
atau kismis/badam jika suka.
AIR ASAM CICAH DAGING
Buat sambal belacan. Cili padi + Cili merah + belacan + garam (A)
Potong tomato dan bawang besar
(B)
Campurkan (A) dan (B). Masukkan kerisik. Perasakan dengan gula, garam dan air asam
limau.
ACAR TIMUN + NENAS @ KAROT
Potong memanjang timun, nenas @ karot
Tambah gula, cuka dan garam
Boleh tambah sedkit bawang,
tomato dan cili potong (jika suka).
DALCA SAYUR SIMPLE TANPA KACANG DAL
Tumis – bawang putih, bawang merah dan halia sampai kuning. Masukkan bancuhan serbuk kari daging. Masukkan sekeping asam gelugur. Masukkan tulang (yang siap direbus), daging @ ayam (bahagian tulang dan kaki), kentang dan karot. Biar mendidih. Masukkan kacang panjang dan terung. Masukkan santan. Biar mendidih sampai masak. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa hilal (jika ada).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan