Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2026

IMAM BUDIMAN : JALUR KETURUNAN ASAL NENEK MOYANG (1)

Imej
  Dijemput masuk ke group wasap Uda Manap + Raja Raba'ayah menjadi satu keterujaan yang tidak terucap.  Tambah teruja apabila dimaklumkan oleh Riduan (dua pupu ku) berkaitan satu perjumpaan keluarga besar yang akan diadakan pada hari Sabtu, 7 November 2026 di Aman Nuansa Event Space, Padang Ampang Kuala Kangsar, Perak.  Perjumpaan Tautan Rumpun Imam Budiman ini akan menghimpunkan beratus-ratus anak-cucu dari keturunan Imam Budiman dari seluruh pelusuk tanah air.   Siapa Imam Budiman Inilah persoalan utama yang berlegar di fikiran setiap kami.  Melihat pada nama beliau, kami pasti bahawa moyang kami ini bukanlah calang-calang orangnya.  Banyak cerita yang  belum terungkap perlu digali bagi mengenali susuk hebat ini secara lebih dekat.  Menurut Ngah Mohd Nor dalam tiktok beliau  (berdasarkan catatan Salasilah Jawi Toh Samar Paduka yang ditulis oleh Cikgu Hj. Mohd. Yunus - Salasilah asal tulisan jawi ini disimpan oleh En. Hamdan b. Hj. Md....