Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

MENGECAPI SEBUAH KEJAYAAN

Imej
Tanggal 11 November 2010, ketika hati berdetik kecemasan lantaran beribu harapan berbaur-baur di celah-celah kerisauan, tiada apa yang terlintas di fikiran selain doa, selawat dan zikir. kerisauan di hati jika boleh diukur rasanya begitu tinggi. Kelewatan pengumuman daripada pihak sekolah juga kelewatan puteri bongsuku menghubungi menambah resah yang sudah bertambah. Namun, penantian dari beberapa hari ternoktah dengan kemasukan SMS di talian telefon bimbitku. "Mom, ah dapat 5a, alhamdulillah. Yang lain xtau lagi. Nanti ah telefon" Syukran. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. Bagaimana ingin ku rakamkan ucapan terima kasih atas segala yang Kauberikan kepada kami kerana terlalu sedikit yang kami balas kepadaMu, ya.. allah. Terima kasih Allah kerana memberikan sebuah kejayaan yang tidak ternilai kepada anakku Farah Izzati dan aku sekeluarga. Moga kejayaan ini berkekalan dan anak-anakku lahir sebagai yang soleh dan solehah. Dapat sentiasa menabur bakti k...

Mengemas Banjir di Bahiyah

Imej
Selepas beberapa hari dilanda banjir, semua warga masih sibuk mengemas. Melihat kepada segala kesukaran, kebinasaan dan kehilangan, kadang-kala tertanya-tanya adakah kita akan terus mampu menempuhnya?? Moga kita akan sama-sama mempunyai kekuatan untuk menghadapinya dengan 1kepercayaan bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

SEKOLAH KAMI 9 NOV 2010

Selepas beberapa hari ‘dicutikan’ kerana musibah banjir yang melanda, hari ini seluruh warga SMK Sultanah Bahiyah kembali ke sekolah. Sebenarnya sebelum menjejakkan kaki ke sekolah pagi ini, jauh di sudut hati sudah berkata-kata. Bagaimana agaknya tempat kami mencari rezeki? Tempat anak-anak kami menimba ilmu? Setelah musibah (jika boleh dikatakan sebagai musibah tapi rasanya lebih kepada suatu peringatan dari Allah) ini melanda daerah kami?? Rata-rata warga warga Bahiyah rasanya berangggapan yang sama, mempunyai harapan yang sama malah barangkali ingin mempunyai igauan a Itulah harapan awal. Harapan yang rasanya tidak ada sesiapa pun dapat laksanakan. Semuanya, bilik guru, kelas-kelas, kedai koperasi, stor sukan, bilik peperiksaan dan lain-lain rosak teruk. Bagaimana hendak dikatakan lagi apabila melihat semua itu? Kedukaan dan kesediahan terasa amat. Terasa ada air mata yang bergenang. Tapi… untuk apa menangis sedangkan orang lain tidak menunjukkan riak itu. Ramai-ramai b...

IKTIBAR BANJIR 2010

Apabila banjir melanda Negeri-negeri Utara Semenanjung bermula 1 November 2010 pelbagai suara kita dengar. Banyak pihak memberikan pendapat dan pandangan melalui media-media cetak dan elektronik. Kadang-kala pendapat dan pandangan yang diberikan begitu memualkan. Persoalan yang timbul sekarang adalah cara membantu mangsa. Bukan menunding jari kepada pihak-pihak tertentu. Pengalaman bertugas seketika di pusat penempatan banjir memberi banyak kesedaran. Manusia selalunya tidak pernah belajar menginsafi diri. Kesukaran menghadapi banjir tidak mengajar sesuatu kepada mangsa. Terasa begitu daifnya manusia. Persoalan makanan tidak cukup untuk mangsa bukan persoalan baru. Apabila terlalu ramai mangsa ditempatkan bagi satu-satu tempat penempatan, pelbagai isu dan permasalahan timbul. Sikap pentingkan diri sendiri begitu sinonim dengan insan-insan sebegini. Dalam situasi darurat begitu masih ada yang mengambil makanan dan menyorok dalai beg-beg persendirian. Ada yang mementingkan k...

BANJIR 0H BANJIR

Sebenarnya hujan yang melanda negeri-negeri Utara hanya berlaku selama 2 hari iaitu pada 31 Oktober dan 1 November. Pagi 2 November sebaik sampai di Maktab Mahmud untuk memberi sedikit pendedahan berkaitan Personaliti dan Kerjaya, aku terkejut melihat keadaan di sekolah tersebut. Air menaiki laluan ke blok B. Jam 11.30 pg, dalam perjalanan balik ke sekolah, aku menerima telefon daripada PPD Kota Setar. Diminta berkhidmat dalam team Smart Supporting di SK Titi Gajah membantu mangsa banjir di sana. Dengan izin pengetua terus ke tempat duty. Air naik membuak-buak di situ. Kaki terendam selama lebih 3 jam dalam air. Mengumpul pelajar-pelajar di bawah Dewan Terbuka. Sedikit taklimat dan pesanan selain mengenali mangsa-mangsa banjir yang rata-rata pelajar sekolah rendah. Suasana agak kelam kabut. Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat pemdaftaran baru. Bilangan mangsa bertambah. Beberapa badan NGO, persendirian, parti politik tampil menghulur bantuan. Air yang naik memaksa beberapa...