Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2026

IMBAS SEMULA - SELAMAT PETANG DUNIA NOSTALGIA

  Imbas Semula (Catatan ini sebenarnya sudah lama ditulis cuma tidak berkesempatan untuk dimuatnaik ke laman blog ini ketika itu.  Barangkali, Allah tetapkan hari ini dan petang ini adalah yang terbaik untuk dikongsi.) 30 Mac 2021 Selasa 54 tahun dahulu, sepasang suami isteri Mahmud dan Aminah menyambung kelahiran cahayamata keenam dalam keluarga besar mereka.   Anak perempuan keempat dan kelahirannya melengkapkan jumlah keseluruhan anak perempuan dalam keluarga.   Membesar dalam sebuah keluarga petani, hari lahir tidak pernah sekali pun disambut.   Barangkali kedua-dua ibubapaku (arwah pak dan emak) sendiri tidak pernah sekalipun menyambut hari lahir mereka.   Hanya setelah meningkat dewasa, kemudiannya bekerja, bekerluarga dan punya anak-anak aku mula belajar tentang sambutan hari lahir, meraikannya dan menghargai orang-orang di sekelilingku pula. Meskipun tiada sambutan hari lahir yang diajar oleh mereka berdua namun, aku sangat berterima kasih k...

KONGSI RESEPI DENGAN ANAK-ANAK

Imej
Kebetulan jika masih ada baki daging korban, bolehlah cuba resepi nasi daging yang saya buat untuk keluarga makan ketika berkumpul beramai-ramai.  Menu ni agak simple, tapi kalau kena cara memang sedap makan panas-panas.  Bolehlah juga digantikan daging dengan ayam.   Petugas Melapah Daging Semasa Hari Raya Korban Baru-Baru Ini RESEPI NASI DAGING MAK Rebus daging separuh empuk.   Potong ikut besar mana yang kita suka (A) Bahan Untuk Nasi 2 sudu besar rempah kurma + 1 sudu besar rempah kari – bancuh dengan air (B) 3 ulas Bawang putih, 3 biji bawang merah,   1 inci halia dihiris halus + kulit kayu manis, buah pelaga (3@4) dan bunga lawang (3@4) – tumis sampai kuning. Masukkan bancuhan rempah (A) Tunggu pecah minyak baru masukkan 2 1/2 cawan air rebus daging dan hirisan daging (A).   Biar sehingga mendidih. Masukkan ½ cawan susu cair.   Biar mendidih. Masukkan 2 1/2 cawan beras yang telah dibersihkan.   Masak sehingga beras kering. ...