UCAPAN SEMPENA PERSARAAN PILIHAN PADA 31 OKT. 2023
(Teks Ucapan Sempena Persaraan Pilihan Pada 31 Okt. 2023) Terima kasih Tuan Pengara Majlis. Yang Berusaha Tuan PPD Kota Setar , Tuan Haji Wan Khalim bin Ahmad. Yang Berusaha Pn. Murni Wati binti Abdul Karim, Kaunselor Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah merangkap Pemangku Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Kedah . Yang Berusaha Tuan-Puan Timbalan PPD Pejabat Pendidikan Kota Setar, Tuan dan Puan SIP+, Tuan dan Puan SISC+, Rakan-Rakan Kaundelor Pendidikan Daerah dari seluruh Daerah dalam Negeri Kedah, Rakan-Rakan Pegawai PPD Kota Setar serta semua sahabat AKP PPD Kota Setar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbh dan Salam Sejahtera. Pertama sekalim izinkan saya merakamkan ucapan syukur dan terima kasih kerana tuan-puan jawatankuasa telah berjaya menganjur dan mengadakan majlis semeriah dan seceria ini untuk meraikan hari terakhir saya sebagai pegawai perkhidmatan awam hari ini. Bagi saya, pengajuran majlis ini adalah satu penghormatan yang tidak ada nilain...