RINDU
Rindu ada ketikanya membara pabila kita cuba melupakan dan angin pun menampar-nampar mukaku bagai menyatakan sesua tu. Rindu ada ketikanya tidak berupaya mengelak untuk berbicara dan hatipun bagai merintih pilu menghitung perjalanan waktu. Rindu umpama nadi yang senantiasa hidup bergerak, berkata-kata umpama bulan mengambang tika malam umpama air mengalir tanpa sempadan. Rindu barangkali bisa mengubah sebuah pandangan yang kadang waktu nampak benar tetapi terasa sukar Namun.. rindu pasti datang saban masa tanpa diundang lantaran rasanya manis meskipun terasa begitu menyakitkan turut meresahkan. Pun rindu itu yang sesekali menikam-nikam tangkai hati menghidupkan ruang fikir dan benak rasa kerana pasti suatu ketika yang kita tidak tahu bagaimana hadir membawa suatu cerita bahgianya sehingga bila-bila.