Jumaat, 13 Mac 2015

RINDU

Rindu
ada ketikanya membara pabila kita cuba melupakan
dan angin pun menampar-nampar
mukaku bagai menyatakan sesuatu.

Rindu
ada ketikanya tidak berupaya mengelak untuk berbicara
dan hatipun bagai merintih pilu
menghitung perjalanan waktu.

Rindu umpama nadi yang senantiasa hidup bergerak, berkata-kata
umpama bulan mengambang tika malam 
umpama air mengalir tanpa sempadan.

Rindu barangkali bisa mengubah sebuah pandangan
yang kadang waktu nampak benar tetapi terasa sukar
Namun.. rindu pasti datang saban masa tanpa diundang
lantaran rasanya manis meskipun terasa begitu menyakitkan
turut meresahkan.

Pun rindu itu yang sesekali menikam-nikam tangkai hati
menghidupkan ruang fikir dan benak rasa
kerana pasti suatu ketika yang kita tidak tahu bagaimana
hadir membawa suatu cerita
bahgianya sehingga bila-bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MENGAPA MARAH? - KESAN KEMARAHAN

  K esan Kemarahan Jika tidak ditangani dengan baik, kemarahan boleh membawa kesan negatif yang serius kepada individu dan persekitaran me...