Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

KEMBARA SEBUAH PERJALANAN (2)

Imej
8 Februari 2013 Setelah melalui perjalanan yang agak panjang (kira-kira lebih 12 jam), kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah lebih kurang jam 4.00 pagi waktu tempatan.  Balai ketibaan sesak dengan jemaah yang ingin melepasi immigration.  Kesesakan memakan masa lebih satu jam.  Sebaik selesai memungut bag asi, kami menunaikan solat subuh di sudut kecil yang disediakan.  Ketibaan kami disambut wakil Suffah Travel & Tour di Jeddah (Hj. Hamdi) yang sedia menunggu.  Bas yang akan membawa kami ke Madinah al-Munawarah juga sudah sedia menunggu dengan seorang pemandu yang cukup dedikasi Hj. Bahlol.  Perjalanan ke Madinah memakan masa lebih 6 jam. Sebenarnya sepanjang perjalanan ke Madianah al-Munawarah hanya yang dapat disaksikan adalah padang pasir - yang cukup menginsafkan.  Demikian sukar sebenarnya junjungan besar Nabi Muhamad SAW ketika berhijrah meninggalkan kota Mekah.  Tiada sebarang pokok untuk bertedu...

KEMBARA SEBUAH PERJALANAN (1)

Imej
Tanggal 7 Februari 2013 - Setelah begitu lama menanti, akhirnya saya dan keluarga memulakan sebuah perjalanan untuk mencari sinar redha Illahi.  Dengan pesawat Air Asia kami berlepas dari Lapangan Terbang Kepala Batas lewat pukul 9.00 pagi selepas pesawatyang mengalami sedikit kesulitan diperbaiki.  Berikut merupakan permulaan perjalanan kami dari KLIA - makanan yang disediakan di atas pesawat Yemenia Air selama 11 jam perjalanan.  Kesesakan ketika sampai di Kota Jeddah dengan ribuan jemaah umrah beratur di pintu masuk jam 4.00 pagi. Juga sarapan pagi nasi lemak beras basmathi yang menunggu kami untuk mengalas perut sebelum tiba ke Kota Madinah al-Munawarah. Sebelum masuk ke balai berlepas Perjalanan kami pun bermula Makanan pertama yang dihidangkan atas Yemenia Air Makanan atas pesawat dari Sana'a ke Kota Jeddah Jemaah Umrah Berbaris Untuk Memasuki Jeddah Nasi Lemak Basmathi sarapan pagi 8 Februari 2013

PETUA DAN CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Berikut merupakan saya kongsikan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, menurut  Dr Fadzilah Kamsah.  Menurut beliau pelajar cemerlang akan: 1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. 2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: ·          kita ingat 10% apa yang dibaca ·            kita ingat 20% apa yang didengar ·            kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat ·            kita ingat 70% apa yang dicakapkan ·            kita ingat 90% setelah dipraktikkan 3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. 4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak terma...