Berikut
merupakan saya kongsikan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, menurut Dr
Fadzilah Kamsah. Menurut beliau pelajar cemerlang akan:
1.
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan
membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2.
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
·
kita ingat
10% apa yang dibaca
·
kita ingat 20% apa yang didengar
·
kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
·
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
·
kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar
secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3
jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah). ...Tahu memberi
ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar,
melawat rakan dan sebagainya....
5. Belajar
dalam persekitaran kondusif.
·
pastikan
cahaya adalah terang
·
kurangkan gangguan bunyi
·
tampal poster yang mengandungi slogan yang
menaikkan semangat belajar
·
tampal gambar-gambar yang menenangkan fikirano
kerusi dan meja menghadap kiblat
·
jangan lupa untuk senyum
6. Tidak
ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang
kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak
menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan
membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis,
sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu
teknik merangsang memori:
·
memasukkan
maklumat dalam memori (registration)
·
menyimpan maklumat dalam sel memori
(retention)
·
mengingat kembali (recall)
· menggunakan maklumat untuk menjawab soalan
atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa
awal dan mendahului:
·
persediaan
awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif
pada guru.
·
pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya
akan dapat mengekalkan kejayaannya.
·
belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak
membosankan.
· untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah
dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru.
Setiasa hormati dan sayangi guru. 11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
·
duduk dengan
tegak & bernafas dengan betul
·
memberikan tumpuan sepanuhnya
·
menggunakan jari telunjuk untuk membaca
·
menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran
bahan bacaan
12. Sentiasa
mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh &
malas.
13. Membaca
doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan
sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak
membuang masa dengan belajar ketika letih.
15.
Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar
mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological
clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu
sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca
al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17.
Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan
lupa 80% selepas belajar).
18.
Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu
mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20.
Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21.
Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu
petua mengulang kaji:
·
cari tempat
yang tenang dan serasi dengan jiwa kitao siapkan semua bekalan dengan sempurna
·
duduk tegak dikerusi yang selesao baca doa
penerang hati
·
baca buku atau nota mengikut teknik membaca
yang betul
·
fikir dan ingat kembali isi utama
·
catat/lakar
·
semak semula ketepatan maklumat
·
ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
·
buat rumusan
·
jawab soalan
·
tampal maklumat yang rumit di dinding
·
baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu
memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat
khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu
petua-petua agar tidak lupa:
·
jangan makan
kepala ikan
·
jangan makan organ dalaman
·
jangan minum semasa makan
·
jangan minum atau makan makanan yang tercemar
oleh semut
·
jangan melihat kemaluan
·
banyakkan makan makanan yang mengandungi soya
seperti tempe, tauhu dan lain-lain
·
banyakkan makan kismis, kurma dan madu
·
banyakkan makan kekacang
·
pakai minyak wangi ketika belajar atau
menghadapi peperiksaan
·
jangan makan sehingga terlalu kenyang
·
jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
·
tampal
nota-nota penting di dinding
·
tukar perkataan, ayat atau definisi dalam
bentuk gambar atau rajah
· gunakan kaedah akronimo reka cerita atau ayat
mengenai konsep yang perlu diingat
·
pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap
mengatur jadual belajar:
·
mempunyai
jadual belajar
·
patuh kepada
jadual
·
buat jadual
yang boleh diikuti
27. Tidak
menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai
dorongan untuk belajar.
28. Cari
maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang
tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai
contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji
atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke
tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik.
Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat
corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:o taat kepada Allah
·
mendirikan sembahyang
· menghormati
kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan merekao hormati & sayangi guru
·
bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk
mencapai kecemerlangan.
·
suka pada
setiap mata pelajaran yang dipelajario membantu rakan yang memerlukan
·
berdoa dan
bersyukur kepada Allah
·
sentiasa
bertawakalo mahir dalam setiap mata pelajaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan