DEBAT (KERAJAAN)
Perdana
Menteri
Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan
pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan
kerajaan, perwakilan pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen
sekalian. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan
selamat bersidang.
Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya amat bersyukur kerana berkat keamanan dan keharmonian bawah
kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali bersidang untuk membahaskan
satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.
Selaku Perdana Menteri, izinkan saya membentangkan usul “Kawan-Kawan
Berperanan berkesan Dalam Membina Sahsiah Pelajar”. Saya percaya bahawa selepas
perbahasan sidang dewan yang mulia ini, usul ini bakal diluluskan dengan
sokongan suara majoriti.
Tuan Yang Dipertua, Sidang hadirin sekalian,
Terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan tajuk perdebatan kita
pada hari ini mengikut frasa demi frasa bagi memudahkan pemahaman kita. Menurut
Kamus Dewan Edisi ke-4 – kawan-kawan atau para sahabat ialah sekumpulan rakan
sebaya yang sama umurnya, mempunyai
lingkungan latar belakang yang sama dan suka berada bersama-sama dalam pelbagai
aktiviti serta mempunyai matlamat yang
sama atau dalam kata lain mereka mempunyai minat yang sama.
Manakala Menurut Sharifah Alwiah Alsagof (1987) – kawan-kawan
bermaksud sekumpulan rakan sebaya @ sekumpulan sahabat daripada lingkungan
umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama. Atau Boleh dikatakan
mereka merupakan sahabat yang selalu bersama ketika melakukan pelbagai
aktiviti-aktiviti sosial.
Manakala frasa berperanan berkesan bermaksud terlibat secara
langsung dan bertanggungjawab denganmenimbulkan hasil kesudahan yang diharapkan
atau membawa kepada sesuatu perubahan yang efektif. Membina pula bermaksud membentuk atau menjadikan. Frasa ‘Sahsiah
pelajar’ pula menjurus kepada
keperibadian atau tingkahlaku seseorang murid, individu atau pun remaja.
Maka, tajuk perdebatan pada hari ini bolehlah kami rumuskan kepada
sekumpulan sahabat atau rakan sebaya
yang selalu melakukan aktiviti-aktiviti sosial secara bersama-sama akan
terlibat secara langsung serta bertanggungjawab dalam pembentukan keperibadian
atau tingkahlaku seseorang murid, individu ataupun remaja dengan pembentukan
yang sewajarnya.
Tuan-tuan dan puan-puan sidang dewan yang dimuliakan,
Menyusuri Hujah saya yang
pertama - Menurut Mustafa Fahmi (1971) seseorang pelajar @ remaja cenderung
menuruti tingkah laku kumpulan di mana ia berada. Pelajar @ remaja terbabit akan
bersungguh-sungguh mencuba dan meniru tingkah laku ahli-ahli dalam
kumpulannya. Mereka juga akan
melakukan apa sahaja yang dilakukan atau
dibuat oleh ahli kumpulannya. Tujuannya
hanya satu iaitu untuk dilihat setara atau sama taraf dengan rakan-rakannya
yang lain. Kajian juga membuktikan,
seseorang yang rapat dengan rakan / kawan berbanding keluarga, sangat mudah
dipegaruhi sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan sebaliknya. Ini kerana mereka akan saling mencabar untuk
melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah atau boleh
memudaratkan diri sendiri. Namun kerana “darah muda” dan untuk membuktikan
kehebatan, mereka sanggup melalkukan perkara yang berbahaya dan sia-sia.Bak
kata pepatah, “menang jadi arang, kalah jadi abu”. Jadi secara kesimpulannya, jika seseorang
itu bergaul dengan rakan-rakan yang baik
maka akan wujudlah tingkahlaku yang
positif dalam dirinya. Manakala jika seseorang itu berkawan dengan
rakan-rakan yang kurang baik tingkah lakunya, maka akan terbentuklah
tingkahlaku atau personaliti negative dalam dirinya seperti kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual
minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat
dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” Nah tuan-tuan
dan puan-puan – sudah terang lagi bersuluh; tak tumbuh tak melata, tak sungguh
saya tak kata – kesemua fakta yang saya nyatakan tadi jelas membuktikan bahawa kawan-kawan atau
rakan sebaya akan memberi impak kepada
pembentukan personality individu sama ada baik atau sebaliknya. Maka tidak
hairanlah mengapa orang tua-tua selalu selalu mengingatkan kita – jika ingin mengenali peribadi seseorang
maka lihatlah kawan-kawannya.
Menteri 2
Tuan Yang DiPertua, memegang mandat selaku Menteri Kedua pada hari
ini, saya tetap berdiri teguh di belakang Y.A.B Perdana Menteri dalam menyokong
gagasan usul, Kawan-kawan Berperanan berkesan Dalam Membentuk Sahsiah Pelajar.
Maka, sememangnya kami di pihak kerajaan sudah pasti menolak definisi usul yang
telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Seterusnya, saya akan
teruskan hujah-hujah konkrit kami di meja kerajaan. Harapannya semoga pihak
pembangkang akan terbuka matanya serta tercelik mindanya untuk menerima
kenyataan bahawa usul yang digagaskan pada hari ini sememangnya benar.
Tuan Yang Dipertua serta warga dewan kesemuanya,
Hujah kedua kami di meja perwakilan kerajaan ialah – Lumrah remaja untuk berkawan. Namun begitu
pilih rakan yang boleh dipercayai. Rakan / kawan merupakan tempat untuk berkongsi masalah dan rahsia atau bercerita
tentang sesuatu perkara termasuk masalah yang bersifat peribadi. Jika dibiarkan mudah terikut-ikut akan
perlakuan rakan. - jika rakan baik – peribadi remaja juga akan baik. - jika
terpilih rakan yang negatif, mereka akan membentuk peribadi yang negatif. Ibu bapa harus tahu latar belakang dan
rakan-rakan anak-anak mereka.Bak kata pepatah; ‘sayangkan anak, tangan-tangankan’.Menurut
YB Dato’ Sri Rohani binti Hj. Abd. Karim Menteri Pembangunan Wanita Keluarga
dan Masyarakat penglibatan pelajar /remaja dengan rakan sebaya tanpa pengawasan
yang sewajarnya daripada keluarga dan ibu mengakibatkan kadar keruntuhan akhlak
dan jenayah dalam kalangan remaja / pelajar semakin meningkat. Menurut
statistik Bukit Aman pengaruh rakan sebaya merupakan punca berlakunya gejala
sosial black metal, buli, vandalisme, ragut dan lain-lain. Hal ini dapat dibuktikan melalui pergaulan bebas
remaja yang menyebabkan mereka terjebak dalam kancah negatif dan aktiviti -
aktiviti yang tidak berfaedah.Pergaulan rapat dengan rakan yang rendah
kedudukan moralnya menyumbangkan pengaruh terhadap remaja.Hal ini kerana remaja
lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan berbanding dengan ibu bapa
kerana kekangan tertentu.Selain itu, remaja lebih selesa menceritakan masalah
mereka kepada rakan-rakan kerana hubungan yang terjalin melahirkan dasar
kepercayaan melalui pengalaman yang boleh dikongsi bersama.Secara tidak
langsung, keperibadian seseorang remaja di pengaruhi oleh rakan sebaya. Pasti
tuan-puan sidang dewan masih terbayang-bayang akan filem ‘Anakku Sazali’? Nah tuan-tuan dan puan-puan, filem ‘Anakku
Sazali’ merupakan salah satu bukti bagaimana rakan sebaya mempengaruhi
tingkahlaku sehingga mencorak keperibadian Sazali yang jauh menyimpang daripada
tingkahlaku dan keperibadian bapanya.Terlalu banyak sikap-sikap negative yang
ditonjolkan watak Sazali akibat terpengaruh dengan rakan antaranya termasuklah
kegiatan vandalisme seperti merosakkan harta benda awam untuk memenuhi masa
lapang mereka, membuli, merogol, memeras ugut dan lain-lain termasuk melibatkan
diri dalam kegiatan kongsi gelap.Konkulsinya ingin saya tegaskan sekali lagi
“Kawan-Kawan Sememangnya Berperanan berkesan Dalam Membina Sahsiah Pelajar”.
Tuan Yang Dipertua serta warga dewan sekalian,
Jika tadi kita melihat pembentukan sahsiah yang negatif akibat
penagaruh kawan-kawan, tidak kurang juga para rakan turut membantu pembentukan
sahsiah ke arah positif seseorang pelajar atau remaja. Menurut Teori
Perkembangan Kohlberg, rakan sebaya dapat membentuk satu perlakuan serta
keperibadian mulia seseorang individu.
Contohnya mendorong kepada pencapaian yang cemerlang dalam satu satu
mata pelajaran kerana sikap, keperibadian serta personaliti pelajar akan
berubah mengikut rentak personaliti rakan sebaya yang signifikin dengan
mereka. Selain itu, mereka turut
memperolehi sokongan emosi dan sosial dan belajar berdikari melalui rakan sebaya
mereka termasuk kepada aspek pemilihan kerjaya, rakan sebaya yang baik akan
membantu rakannya untuk membuat pilihan yang tepat. Jadi tidak hairanlah kenapa
kita dapati ada di antara remaja akan bersikap lebih matang dan dewasa serta
dapat berfikir secara rasional memandangkan mereka dikelilingi oleh rakan-rakan
yang sentiasa menyokong perkembangan diri mereka kearah yang lebih baik.
Sebelum saya mengundur diri, saya tegaskan sekali lagibahawa kami di
perwakilan kerajaan sememangnya menyokong penuh usul pada hari ini iaitu
Kawan-Kawan Berperanan berkesan Dalam Membina Sahsiah Pelajar.Semoga usul pada
hari ini disokong sebulat suara.Mohon terus mencadang.
Menteri 3
Sayang-sayang Buah Kepayang,
Sayang Hujah Pembangkang Pincang,
Jaga-jaga Pihak Pembangkang,
Menteri Ketiga, datang bertandang.
Sudah terang lagi bersuluh, rakan-rakan sememangnya berperanan
berkesan dalam membina sahsiah pelajar. Maka kami di barisan Kerajaan masih
seia dan sekata, menyokong Usul pada
hari ini. Kami berpegang teguh kepada pendirian kami bahawa kawan-kawan berperanan
berkesan dalam membina sahsiah pelajar atas dasar atas rasional wujudnya
impak-impak positif dalam diri pelajar itu sendiri.
Tuan Yang Dipertua, warga dewan sekalian,
Untuk menolak usul
yang dikemukakan oleh pihak Pembangkang, saya akan mendedahkan satu persatu
kelemahan hujah- hujah pincang lagi songsang yang dilakukan oleh perwakilan
Pembangkang sebentar tadi.
Kelemahan pertama pihak pembangkang ialah – Menurut Pembangkang
Pertama 1 ‘Kawan-Kawan TIDAK Berperanan berkesan Dalam Membina Sahsiah Pelajar’
tetapi terdapat unsur lain iaitu Pengaruh Keluarga. Ingin saya tegaskan di sini berdasarkan
Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kebanyakan kes yang membabitkan remaja
terjerumus ke dalam kegiatan tidak bermoral didapati berpunca daripada tekanan
dan dorongan serta cabaran rakan sebaya. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang
besar dalam jiwa remaja sehingga menjerumuskan diri dalam masalah yang mampu
membinasakan antaranya, ponteng sekolah, lari dari rumah, merokok, penyalahgunaan
dadah dan melakukan perbuatan tidak bermoral.Kegiatan samseng jalan raya juga
dilihat disebabkan pengaruh rakan sebaya di kalangan pelajar di mana kes
dicatatkan semakin meningkat.Pada 2007 sebanyak 834 kes dilaporkan, berbanding
515 kes pada 2006.Dan ini membuktikan kesemua kes ini bukan disebabkan oleh
keluarga. Ini kerana Ramai remaja
mengalah kepada tekanan rakan sebaya kerana tidak tahu cara berkata ‘tidak’
kepada rakan mereka. Mereka tidak dapat berlatih menyuarakan sebarang
percanggahan pendapat. Remaja perlu tunjukkan bahawa mereka mempunyai
keberanian moral untuk tidak bersetuju dan katakan ‘tidak’ apabila rakan-rakan
sebaya cuba mendesak untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan budaya
murni dan undang-undang. Ini akan menguatkan naluri untuk melakukan apa yang
dirasakan betul dan bukannya mengikut mata orang lain serta mempunyai
keberanian untuk mempertahankan pandangan sendiri.
Kerapuhan usul kedua yang dilakukan oleh pihak pembangkang ialah -
Menurut Pembangkang ke-2 faktor lain yang mempengaruhi personaliti remaja
adalah Peranan Masyarakat dan Peranan Agama.
Pada pendapat saya kedua-dua hujah yang dikemukakan adalah tidak logik
sama sekali kerana sikap remaja tidak yakin kepada diri sendiri lebih mudah
mengalah kepada tekanan rakan sebaya menjadi punca utama “Kawan-Kawan
Berperanan berkesan Dalam Membina Sahsiah Pelajar”. Sebenarnya mereka boleh membina harga diri
mereka dengan mengingatkan nilai mereka sebagai seorang individu tidak
bergantung pada kepopularan mereka dalam
kalangan kawan-kawan tetapi dibina atas kualiti unik mereka sebagai
manusia dan kasih sayang serta penerimaan yang tidak terhingga. Data yang diperolehi daripada Oregon Youth
Study menunjukkan bahawa penolakan daripada rakan sebaya sebab utama remaja terlibat
dengan rakan sebaya yang bertingkahlaku negatif.
Seterusnya, bagi menjernihkan tanggapan keruh yang dikemukakan oleh
pihak pembangkang yang berbunyi ______________.
Tuan Yang Dipertua,
Terlangsai sudah hutang membidas.
Deduksinya,saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh pihak
pembangkang perlu ditolak kerana pihak pembangkang gagal menyatakan usul yang
relevan. Dengan ini, saya mohon agar semua pihak memberi komitmen yang jitu
serta serius terhadap usul pada hari ini malah kita tidak wajar akur dengan
arus songsang ini yang dibawa oleh proksi pembangkang. Saya memohon maaf
sekiranya terkasar bahasa,namun saya masih berpegang teguh dengan pendirian
kami di pihak kerajaan iaitu Kawan-Kawan Berperanan berkesan Dalam Membina
Sahsiah Pelajar.
Sekian, pertiwi harapan bangsa terus mencadang.
Penggulung
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tuan Yang Dipertua,
rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan
seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.
Tuan Yang Dipertua,
Bertemu sekali lagi dalam sesi penggulungan kali ini. Dalam sesi
penggulungan ini saya akan membidas ketiga-tiga hujah pincang yang telah
dikemukakan oleh barisan pembangkang sebentar tadi dan seterusnya saya akan
merumuskan hujah-hujah kerajaan.
…
Tuan Yang Dipertua,
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tetap
mempertahankan usul yang dibentangkan hari ini iaitu Kawan-kawan Berperanan
berkesan Dalam Membina Sahsiah Pelajar.Jadi, berdasarkan rumusan hujah mantap
yang saya nyatakan tadi, saya memohon usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia
ini dengan sebulat suara.
Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan