"Seronok cikgu."
"Buat lagi."
" Nak yang lebih mencabar. "
"Kutip duit cikgu. Anak saya nak ikut juga."
Macam-macam suara yang saya dengar sebaik saya menjejakkan kaki ke sekolah selepas menghadiri seminar di Putrajaya dari 1 - 4 April 2011. Semuanya memfokuskan kepada kursus pengawas yang telah berlangsung dari 29 - 31 Mac di Pendang Lake minggu lepas. Ramai yang memberi respon positif. Banyak yang memberi komen membina. tidak kurang yang menunjukkan rasa tidak puas hati kerana masa kursus pendek dan mereka tidak terpilih.
Bangga!! Sebenarnya itulah yang saya rasa. Apa tidaknya? Sudah lama saya bercita-cita ingin membuat kursus seperti ini; yang dapat membina jiwa kental pelajar dan pemimpin. Saya ingin juga menerapkan semua ilmu ini kepada pelajar-pelajar dalam peseatuan beruniform; tracking, camping; kembara dan segala macam ilmu yang saya miliki. Sebenarnya saya berasa cukup rugi jika pelajar tidakdiberi pendedahan tentang ilmu kepimpinan dan pembinaan jati diri yang boleh diperolehi diluar bilik darjah. Semua ini perlu. Kekentalan jia boleh dibentuk melalui pengalaman yang dialami secara pratikal dan amali. Pasti menyeronokkan.
Saya sangat berharap agar program-program kepimpinan seperti ini akan terus berlangsung dan disebarluas untuk semua pelajar. Tidak semestinya dengan modal yang banyak tetapi cukup dengan pengisian yang jauh lebih baik dan mencabar daripada mendengar ceramah demi ceramah kerana 'ceramah' sudah teralu kerap menadi halwa telinga mereka saban masa!!
Entah..., salahkah pandangan saya???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan