PELURU JEMARI

Memandangkan sajak ini ditolak Juri kerana penggunaan perkataan medsos, maka aku muat naik dalam blog ini untuk tatapan sesiapa yang singgah di sini.  Hanya sekadar nukilan hati berkaitan sikap segelintir masyarakat sekarang yang suka meninggalkan komen berdasarkan apa yang mereka baca di media sosial tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain.  Hanya sebuah nukilan jika mampu diambil sedikit iktibar dalam kehidupan.

 Kata demi kata dihadam tersangkut di kerongkong

Gema tohmahan bagai zikir bertasbih tanpa henti

Berdegup jantung rimanya beralun keras Dada sesak nafas sukar dihela Hati luka namun darahnya tiada Hanya nyilu mencengkam sampai ke tulang. Manusia itu hati mereka sudah lama mati Jemari lebih pantas memuntah kata-kata Peluru ditembak rambang Menghukum tanpa bicara Sakitnya bukan aku tetapi mereka. Dunia medsos ini sebenarnya kian tenat Dan tohmahan berlegar tanpa batas sempadan Tiada lagi bahu yang boleh disandar Atau tangan dipaut memohon belas Kesannya perkara kedua Kerana yang pertama kecaman Dari hati yang kelam dan hitam.

JahMahmud
30 Ogos 2026
Alor Setar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAH

Teks Pengacara Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Asrama

GENERASI BERILMU PEMANGKIN TRANSFORMASI NEGARA