"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.. Semua peserta mengangkat
tangan.
"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi
izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu
hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan
bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?" Hampir semua
pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.
"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?" Duit RM100 itu dicampakkan dan di
tenyeh-tenyeh dengan kasutnya.. Prof
Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan
sahaja renyuk tetapi juga kotor.
"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada
jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.
"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya
Prof. Ibrahim lagi. Pesertanya hanya
diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap
apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.
"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya.
Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana
nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."
"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim.
Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.
Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di
dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina.
Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.
"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda
tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap
berharga terutama pada mereka yang disayangi."
"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa
yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.
Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan
kebenaran kata-kata profesor itu...
Moral:
Harga diri kita bukan datang daripada
apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri
kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan