Golongan remaja perlu membina ketrampilan diri agar
dapat menjadi generasi berwibawa.
Keterampilan diri memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan
remaja untuk menjalin hubungan dengan orang lain. Untuk mengharungi hidup para remaja perlu
mempunyai kepercayaan dan kekuatan diri dari segi mental dan fizikal. Persoalan yang sering bermain dalam benak
fikiran remaja ialah;
·
Bagaimana remaja melihat dirinya
·
Bagaimana remaja mahu dirinya dilihat; dan
·
Bagaimana remaja mempamerkan dirinya kepada orang lain.
Sikap yang baik menyumbang kejayaan kepada
individu. Sikap yang baik adalah sangat
penting dalam kehdiupan. Ia melingkungi
wadah sosial kehidupan termasuk kehidupan peribadi dan profesional
seseorang. Bolehkan seseorang berjaya
tanpa sikap yang baik? Bolehkah seorang
pelajar menjadi cemerlang tanpa sikap yang sempurna?
Seseorang individu yang mempunyai sikap
yang baik akan dapat dan mampu untuk;
·
Meningkatkan produktiviti
·
Menggalakkan kerja berkumpulan
·
Menyelesaikan masalah
·
Membaiki kualiti
·
Menghasilkan suasana yang menyenangkan
·
Melahirkan rasa setia
·
Meningkatkan keuntungan
·
Menggalakkan hubungan lebih baik dengan orang lain
·
Mengurangkan tekanan terhadap diri dan orang lain
(termasuk tidak memberi tekanan)
·
Membantu menyumbang kepada masyarakat
·
Menghasilkan keperibadian yang menyenangkan
Manakala seseorang individu yang
mempunyai sikap yang TIDAK baik akan membawa kepada
·
Keperitan
·
Kebencian
·
Kehidupan yang tidak bererti
·
Sentiasa tidak sihat
·
Hidup dalam tekanan dan kemurungan
Keterampilan diri sebenarnya adalah hasil
dari pembentukan sikap. Pembentukan
sikap yang baik menjadikan seseorang itu berketerampilan sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan