24
Januari 2021 (Ahad)
Alhamdulillah. Mulakan pagi dengan rasa syukur kerana Allah
SWT masih memberi kita peluang bernafas.
Hari bekerja walaupun BDR. Buka
laptop. Susun beberapa dokumen yang
perlu digunakan untuk pengisian data online.
Seperti
hari-hari biasa, pagi ini selepas subuh sempat menyediakan sarapan. Bihun goreng rasanya sudah cukup sebagai
bekal untuk kenyang sampai tengahari atau petang!
Kelmarin 23 Januari adalah hari jadi abangku. Abang ke-2 tapi anak no. 3 dalam keluarga. Sempat jugalah aku hantar chicken chop dengan nasi goreng walaupun hari sudah malam. Biasalah bila rancangan ‘last minute’, mencari orang yang boleh hantar makanan hingga depan pintu bukanlah sesuatu yang mudah. Apa pun terima kasih kepada En. Syamil dari TE RASI Western Food Delivery Kuala Kangsar yang sudi ambil order walaupun ‘last call’ katanya.
Malam tadi juga aku sempat memuatnaik hasil kerjaku ke akaun facebook. Resensi buku Travelog Usahawan Muda karya Kaizan Nazlan sempena Pertandingan Resensi Buku; Sebarkan Ilmu anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Buku yang dihadiahkan penulis kepadaku kira-kira dua tahun lepas. Buku yang telah dua kali aku khatam. Tetapi kali ini khas untuk resensi buku yang aku sertai.
Aku
sejujurnya suka membaca karya santai penulis muda yang bijak mengguna bahasa. Aku menyenangi
tulisan Kaizan kerana tulisannya hidup dan jujur. Barangkali tulisan beliau mampu memberi
motivasi kepada aku sendiri untuk belajar menulis seperti mana mereka.
Kadang-kadang kita hidup perlu ada angan-angan. Mana tahu, suatu hari angan-angan itu akan menjadi sebuah kenyataan yang sangat membahagiakan. Jom sambung kerja. Ada laporan yang belum aku siapkan!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan