23
Januari 2021 (Sabtu)
Hari Sabtu, hari kedua
PKP 2.0 Kebetulan malam tadi tidur agak lewat kerana menyiapkan beberapa
tugasan, maka pagi ini pun kelewatan juga menyediakan sarapan.
Biasalah
bila berhadapan dengan komputer di tengah malam yang sunyi, selalunya idea
datang dengan mudah. Sebenarnya kegiatan
menulis ini telah aku mulai sejak di bangku sekolah menengah lagi. Guru Bahasa Melayu ku ketika itu, Cikgu
Mariam Berjaya mengcungkil bakalku dalam bidang ini.
Kesungguhan
Cikgu Mariam membantu aku mengembangkan bakat.
Hampir setiap minggu karyaku akan terpampang di Sudut Karya papan
kenyataan SM Temenggong Kati. Masa
itulah juga akum ula berjinak-jinak menghantar karya ke beberapa majalah
remaja. Alhamdulillah, karyaku akhirnya
tersiar juga di akhbar Utusan Pelajar beberpa kali.
Memang
ketika usia begitu aku bercita-cita untuk menjadi penulis. Sayangnya apabila berkahwin dan menetap di
Kedah aku mula mengurangkan aktiviti tersebut.
Kekalutan dengan keluarga, pekerjaan dan anak-anak antara sebab aku melupakan
cita-cita yang lama tersimpan.
Aku
tidak meninggalkan sepenuhnya bidang yang aku minati. Cumanya aku tidak bergerak aktif sehingga
menerbitkan buku. Aku hanya mengikuti
perkembangan penulisan dan sesekali menyertai pertandingan jika berkesempatan. Kerapnya aku menulis dalam blog
Cikgujah09.blogspot.com sebagai melepas ketagihan untuk menulis.
Apa
pun takdir Allah telah mengatur segala-galanya.
PKP 1.0 telah menemukan aku dengan ramai penulis atas talian. Di sinilah aku berjanji akan terus
mencuba. Mana tahu jika ini antara cara
Allah memakbulkan cita-cita yang telah tertangguh sebegitu lama.
Janji
dengan diri – tulis dan terus menulis walaupun hanya sebaris ayat sehari. Pastikan tidak akan tertinggal ilmu yang
bermanfaat untuk dikongsi sebagai sebahagian amal jariahku untuk semua. Janji dengan diri – aku tidak akan membiarkan
ruang yang telah dibuka seluas-luasnya untukku sebagai sebahagian sahamku untuk
akhirat. Mulakan menulis, semoga
bermanfaat!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan