25 Januari 2021 (Isnin)
Sudah
di mengadap laptop yang sudah pun siap berpasang. Sebentar sahaja lagi ada kursus online
sehingga petang. Begitu kehidupan
sekarang. Berkursus tidak perlu lagi
bergegas ke sana sini yang kadang kala jauhnya berbatu-batu. Cukup sediakan secangkir kopi, buka laptop,
tunggu pintu dibuka dan kita akan dijemput masuk.
Mudahnya
hanya menghadap skrin computer, yang kadang-kala 4 – 5 jam. Sebaik habis, mata tua seperti aku akan berpinar-pinar
dan tadi yang diterang ‘speaker’ hanya tinggal 10% - 30% sahaja dalam kantung
ingatan. (Biasalah orang sudah banyak
usia, focus dan daya ingatan juga semakin berkurangan)
Seronoknya
berkursus atas talian ini, boleh sahaja diam tidak takut kalua-kalau nama
tiba-tiba dipanggil penceramah seperti selalunya. Kursus bersemuka ruang untuk mengantuk dan
menguap selalunya amat minima. Tambahan jika
memiliki untuk duduk di lokasi paling hadapan.
sebenarnya
setiap hari walaupun hanya BDR ada sahaja kursus dan kerja yang perlu disertai
dan disiapkan. Begitulah kehidupan
apabila kita memilih untuk bekerja walaupun tidak apa sesiapa yang memerhati
kita namun, penilai paling utama adalah kita dan Tuhan.
Berlaku
adil kepada diri sendiri juga nikmat gaji yang kita terima dan kita makan
setiap bulan akan menjadikan kita sedar bahawa apapun yang kita buat perlu
berpaksikan kepada kejujuran dan disiplin diri.
Hanya
sempat menulis sebentar kerana ruang kursus sudah hampir dipenuhi peserta dari
seluruh tanah air. Jangan sampai
terlewat masuk takut-takut nanti pintu ditutup dan kita hanya menjadi peserta
di tepi pintu menunggu orang bergerak pulang.
Jom berkursus!
#kitajagakita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan