22 Januari
2021 (Jumaat)
PKP hari pertama. Menu sarapan pagi hari Jumaat yang barakah
hanya mee goreng. Tidak banyak yang
disediakan. Hanya satu pertiga daripada
sebungkus mee. Apabila dicampur dengan
sayur dan sedikit udang sudah cukup untuk kami makan bertiga.
Di rumah ini sebenarnya tidak ramai. Selepas anakanda Farah balik ke Scotland pada
27 Disember 2020, hanya tinggal kami bertiga sahaja. Syukur masih ada kawan bersembang sejak Fatin
menamatkan pengajiannya. Kalau tidak aku
akan terceratuk seorang diri andai suamiku ada urusan di luar.
Jumaat dulu-dulu sebelum pandemic Covid menyerang
negara, adalah hari menyantuni ibu mertuaku
di kampung. Seawal 7.00 pagi sudah ke
pasar mencari ikan dan sayur. Kemudian
singgah di mana-mana kedai untuk membeli barangan kering seperti gula, beras
dan roti. Semua barangan kering dan
basah ini disediakan untuk memudahkan
urusan ibu mertuaku sepanjang minggu.
Ibu mertuaku itu umurnya sudah melebihi 80
tahun. Tinggal sendirian sejak bapa mertuaku meninggal 2o tahun lalu.
Pergerakannya banyak dibantu dengan tongkat. Yang menemaninya baik di luar atau di dalam
rumah.
Jumaat bagiku adalah hari untuk bersantai. Hari merehatkan diri setelah penat bekerja seminggu. Selain melapangkan fikiran, Jumaat juga
adalah hari untuk menguruskan pelbagai perkara berkaitan keluarga dan rumah.
Jom lapangkan minda. Kita lupakan dulu segala yang berserabut
dalam fikiran. Tengok pokok, tengok alam,
tengok sekeliling kita. Terlalu banyak
nikmat Allah yang patut kita syukuri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan