Khamis, 5 Jun 2025

Trajedi 3 Jun

Kita tidak pernah minta sesuatu yang buruk berlaku baik kepada kita mahu pun ahli keluarga.  Namun, kita tidak mampu menghalang jika itulah ditakdirkan Allah  bakal terjadi.  Demikian halnya trajedi yang menimpa aku lewat  petang Isnin, 3 Jun 2025.

Sebaik selesai memberi cucu kelimaku yang berusia 3 hari menyusu, aku bangun untuk meletakkan  dia di atas tilam.  Ketika itulah, botol susu yang tadinya diletakkan di sebelah jatuh lalu pecah.

Dalam situasi  kelam-kabut dengan sikap alpa aku sendiri, menyebabkan jari telunjuk kanan terluka.  Darah  mengalir deras.  Aku panik.  Suami dan anakku Fatin juga panik apabila melihat   darah di jariku mengalir tanpa henti meski sudah cuba diberhentikan dan dibalut beberapa kali.

Akhirnya dari farmasi Hutan Kampong, aku ke Klinik Al-Fateh.  Dan kemudiannya aku ke Bahagian Kecemasan Kedah Medical Centre (KMC) untuk mendapatkan rawatan.  Aku cuba  menahan kesakitan dengan berlagak tenang meskipun luka di jari terasa ngeri dan dadaku berdebar-debar.  

Dr. Jasminder Singh menerangkan beberapa prosedur yang pihak hospital akan dilakukan untuk mengesan tahap kecederaan.   Kemudian, aku  dibawa ke Bahagian X-Ray.    Sebaik keputusan x-ray diperoleh dan consultasi diberikan kepada aku dan suami, doktor akhirnya memberi aku suntikan dan jari telunjuk kananku menerima 5 jahitan.  

Semua urusan hanya selesai pada jam 8.00 malam setelah melalui detik-detik cemas dari pukul 4.45 ptg.  Sehingga Jumaat 6 Jun, jari telunjuk kanan ini akan berbalut sebelum prosedur seterusnya dilakukan.  

Sebelum meninggalkan bilik kecemasan Dr. Anizar Faizi sempat melawak dan bertanya, "Pn. nak MC?  Nanti saya keluarkan?"

"Untuk apa doktor?   Saya dah pencen."

"Bagi kat suami.  Boleh cuti masak."

Aku, hanya tergelak.  Tanpa MC pun,  aku terpaksa bercuti dari memasak kerana jari yang sakit ini tidak boleh terkena air paling lama sehingga balutan di jari ini akan dibuka pada hari Jumaat ini.

Tetapi apa yang aku dapat, kesakitan ini memberi aku ruang belajar dan membuat semakan semula bagaimana melakukan bertayamum bagi menggantikan wuduk di bahagian jari yang tidak boleh terkena air.  

Apa pun doakan urusan kesembuhan jari telunjukku berjalan lancar.  Apa pun aku bersyukur kepada Allah kerana dalam kesakitan ini pun ada manfaat yang telah Dia selitkanku.  Alhamdulillah.  Bersangka baik kepada apa yang telah Dia rancangkan untuk kita, Insya-Allah kita akan reda dan ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOSTALGIA ZAMAN REMAJA DAN KANAK-KANAK

Inilah sebahagian cerita zaman kanak-kanak dan remajaku.  Cerita yang pastinya mampu mengulang-imbau sejarah kehidupan ketika meningkat rema...