lewat dari waktu yang dijadualkan. Maksudnya, aku perlu mengambil tambahan masa sejam andai mahu menghabiskan keseluruhan bahan penyampaian!
Belajar untuk memberi dan selalu pula bersedia menerima. Untuk kita hanya dipinjamkan sementara!
Jumaat, 1 Disember 2023
LDP : SK PENDIDIKAN KHAS ALOR SETAR (TB : 28 OKT. 2023)
lewat dari waktu yang dijadualkan. Maksudnya, aku perlu mengambil tambahan masa sejam andai mahu menghabiskan keseluruhan bahan penyampaian!
Sabtu, 18 November 2023
MUNAJATKU NAN SATU
Terkadang aku sendiri tidak mengerti hatiku
dalam diam ada rembesan air mata gugur tanpa sedar
dan esakan itu semakin sukar dikawal
meski tangan menyeka perlahan namun
titisannya mengalir tanpa bisa ditahan.
Sungguh kadangkala aku masih tidak memahami diriku
dalam marah masih ada gumpalan rindu
sakitnya terasa menikam hatiku berdarah luka
meski ramuan kuminum saban hari
parutnya terasa sukar kering menyembuh.
Terkadang tidak kufahami mengapa aku
masih terus membilang hari-hari datang dan pergi
mengimbau berkali-kali saat hadirnya semua itu
hingga dadaku sesak dan nafasku bagaikan terhenti
mampukah nanti
kuhirup wanginya sebuah memori
dulunya mengajar aku erti kehidupan
menyegarkan malamku dalam kepenatan
memanaskan siangku penuh kebahagiaan.
Terkadang aku masih terus mencari diri
dalam resah juraian air mata tanpa mampu kukesat
lalu kebimbanganku tidak mampu kunoktahkan tiba-tiba
kerana hadirmu dulu adalah nafas kasihku
yang tidak mungkin kupadam meski beredarnya waktu
lalu munajatku hanya pada-Mu Yang Satu
kembalikanlah sinar dalam kamar hatiku.
Sabtu. 18112023
Ahad, 20 Ogos 2023
ANDAI WAKTU ITU MAMPU KUPUTAR
Ingin sekali aku kembali menyusuri liku kehidupan dulu
Mesti tidak mewah namun indah
Meski tidak sempurna namun bahagia.
Aku tidak mampu lagi Allah
melalui onak berduri tajam
sakitnya bukan hanya melukai kaki
tetapi hatiku juga
berdarah dan bernanah.
izinkan aku membetulkan semula segalanya
akukah yang tersadung akar hingga tersasar
atau dilambung gelombang ombak besar
lalu Kau pimpinlah aku kembali
menuju jalanMu yang benar.
Aku sudah cukup lelah Allah
menyapu derai air mata yang semakin kontang
memujuk hati dengan debaran dada melanda tanpa diundang
mengesat darah dari luka yang berulang-ulang
Namun aku tidak akan terus mengalah
membiarkan kesakitanku semakin parah.
Selasa, 24 Januari 2023
KEKASIHKU YANG PERGI
Kuingin sekali menggenggam tanganmu
meniti hari-hari datang dan pergi
meredah onak tanpa resah
menuruni lurah ranjau tanpa gundah
kerana kau sentiasa ada; sentiasa setia.
Kuingin sekali mendakap erat tubuhmu
bercerita tentang malam dan bintang
menghitung titis-titis hujan jauh di dada bumi
lalu coretkan di kanvas putih kehidupan
nyanyian kerinduan dan kehilangan.
Kuingin sekali mendengar suaramu
menyeru namaku dalam doamu penuh syahdu
tika air matamu berjuraian membasahi pipi
kusedar betapa tinggi kasihmu untukku kekasih
terlalu kudus untukku sangsikan
terlalu ikhlas untukku nafikan
mana mungkin kutemui pengganti nan satu
tidak sama seribu yang kunjung datang.
Alor Setar. 24 Januari 2023
Sabtu, 15 Oktober 2022
RENDANG RAGI OPAH
Bahan A
·
Sekilo daging dipotong ikut cara
masing-masing.
Bahan B
·
Kulit kayu manis
·
Bunga Lawang
·
Buah pelaga
Bahan C – Kisar Hingga Halus
·
3 biji bawang besar
·
5 ulas bawang putih
·
1 inci halia
·
2 sudu besar cili kisar
·
2 paket serbuk kari daging (10g)
Bahan D
·
½ cawan Minyak
·
Garam (ikut rasa)
·
½ cawan gula (ikut rasa)
Cara-Cara
1.
Panaskan minyak. Tumis Bahan B.
2.
Masukkan Bahan C. Tunggu sehingga naik
minyak, baru masukkan daging.
3.
Tambah air jika daging belum empuk.
Keringkan sehingga rempah membaluti daging.
4. Suaikan rasanya manis-manis, pedas.
Ini adalah menu yang sering disediakan arwah emak terutama pada musim hari raya. Rendang Ragi ini bukan sahaja disukai arwah Pak malah menjadi pilihan kami untuk dimakan bersama lemang. sungguh aku merindui masakan emak yang tiada tandingannya. Banyak resepi emak yang menarik dan sedap tetapi kami adik-beradik tidak mengambil peluang mempelajarinya semasa emak ada.
Aku masih ingat kehebatan emak membuat halwa betik, halwa belimbing buluh dan sejenis halwa dari buah di tepi sungai. Aku sudah lupa buah apa. Tapi kata emak, kalau salah ambil buah tersebut boleh menjadi racun.
Terima kasih emak, banyak legasi yang kau tinggalkan buat kami dan sekarang aku cuba merakamkan segala-galanya di sini sebagai warisan anak-cucu suatu hari akan datang.
Ahad, 18 September 2022
Destress Centre SPsK PPD Kota Setar
Sebahagian daripada keperluan kesejahteraan psikologi yang disediakan oleh Sektor Psikologi dan KLaunseling (SPsK) PPD Kota Setar untuk dimanfaatkan oleh warga pendidikan dalam Daerah Kota Setar. Kami di SPsK bersedia menerima kunjungan para guru, AKP dan warga pendidikan untuk menerima perkhidmatan di Destress Centre yang disediakan.
Jangan biarkan hanya orang lain merebut peluang sedangkan anda semua berhak untuk berbuat demikian. Kunjungi kami pada bila-bila masa dan kami sentiasa bersedia menerima kehadiran semua tanpa sebarang syarat.
Isnin, 31 Januari 2022
PELEURU JEMARI
Memandangkan sajak ini ditolak Juri kerana penggunaan perkataan medsos, maka aku muat naik dalam blog ini untuk tatapan sesiapa yang singgah...
-
Anak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di sekolah rendah. Sebagai gala...
-
Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha ...
-
B aru-baru ini anak saya Farah Izzati (Ting. 2 SMKAK) telah menyertai pertandingan syarahan sempena Majlis Tilawah Al-Quran dan telah menja...




.jpeg)










.png)







