Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha Tuan Penolong Penagarah Pusat Kokurikulum, Yang Berusaha Puan Sharifah Suharny bt. Syed Syeh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sultanah Bahiyah. Barisan Fasilitator, guru-guru pengiring dan seterusnya rakan-rakan peserta Kem Kepimpinan Pelajar yang dikasihi. Assalam’mualaikum wbh dan saalam sejahtera. Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program Kepimpinan Pelajar kita telah pun sampai ke penghujung. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan berbaur-baur dalam sanubari masing-masing. Dan segala yang berbaur itu menjadi satu – pengajaran dan kenangan yang akan terua dikenang selamanya dalai lipatan sejarah. Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan; Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Majlis dengan segala hormatn...
Ulasan
Catat Ulasan