Bahan A
·
Sekilo daging dipotong ikut cara
masing-masing.
Bahan B
·
Kulit kayu manis
·
Bunga Lawang
·
Buah pelaga
Bahan C – Kisar Hingga Halus
·
3 biji bawang besar
·
5 ulas bawang putih
·
1 inci halia
·
2 sudu besar cili kisar
·
2 paket serbuk kari daging (10g)
Bahan D
·
½ cawan Minyak
·
Garam (ikut rasa)
·
½ cawan gula (ikut rasa)
Cara-Cara
1.
Panaskan minyak. Tumis Bahan B.
2.
Masukkan Bahan C. Tunggu sehingga naik
minyak, baru masukkan daging.
3.
Tambah air jika daging belum empuk.
Keringkan sehingga rempah membaluti daging.
4. Suaikan rasanya manis-manis, pedas.
Ini adalah menu yang sering disediakan arwah emak terutama pada musim hari raya. Rendang Ragi ini bukan sahaja disukai arwah Pak malah menjadi pilihan kami untuk dimakan bersama lemang. sungguh aku merindui masakan emak yang tiada tandingannya. Banyak resepi emak yang menarik dan sedap tetapi kami adik-beradik tidak mengambil peluang mempelajarinya semasa emak ada.
Aku masih ingat kehebatan emak membuat halwa betik, halwa belimbing buluh dan sejenis halwa dari buah di tepi sungai. Aku sudah lupa buah apa. Tapi kata emak, kalau salah ambil buah tersebut boleh menjadi racun.
Terima kasih emak, banyak legasi yang kau tinggalkan buat kami dan sekarang aku cuba merakamkan segala-galanya di sini sebagai warisan anak-cucu suatu hari akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan