Kerja
bertimbun? Masa suntuk untuk menyiapkan tugasan. Kena marah?
Atau selalu rasa gelisah? Tidak selesa?
Semua itu perkara biasa bagi sesiapa sahaja yang bekerja dan
belajar. Selagi kita dinamakan manusia-
tidak mungkin kita terlepas dari tekanan yang boleh merungsingkan sehingga kehidupan seharian turut menjadi
‘gerhana’.
Banyak
cara kita boleh mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita malahan akan
menjadikan kehidupan menjadi lebih tenang.
Antaranya adalah;
·
Biasakan diri sentiasa berwuduk – jiwa menjadi lebih
tenang, kerja yang susah menjadi mudah, apa yang dipelajari dan dibaca mudah
diingati.
·
Perbanyakkan membaca Al-Quran
·
Banyakkan solat sunat – beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah SWT
·
Selalu berdoa kepada Allah – dilakukan secara konsisten, terutama pada waktu
mustajab seperti pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh,
malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah.
·
Bersangka baik dengan Allah –anggap sebagai ujian untuk menguji kekutan iman,
sentiasa bermuhasabah dan harus percaya pada hikmah di sebalik apa yang
berlaku.
·
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
·
Amal diet dengan disiplin yang kuat
·
Menangis dengan sepuas hati
·
Hargai kebolehan diri sendiri
·
Cintai diri sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan