1. Kenali Diri Anda Dahulu
Adakah anda benar-benar mengenali diri anda? Perkara ini benar-benar penting bukan sahaja untuk pemilihan kursus dalam menentukan kerjaya anda, tetapi juga untuk anda menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang. Pemilihan keputusan yang baik hendaklah disertakan kematangan dan anda perlu pandai berdikari. Pada asasnya, anda perlu sedar di mana kekuatan dan kelemahan anda. Anda perlu mengkaji dan menyingkap perkara-perkara yang anda minati dan sukai untuk dikaitkan dalam pemilihan kursus dan karier. Know what you want and know what you need. Hal ini merupakan perkara serius yang melibatkan masa depan anda.
2. Minat dan Kebolehan Serta Jiwa Anda
Suatu perkara yang tidak patut dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah mengikut trend/flow dalam pemilihan kursus dan karier. Hal ini kerana minat dan kebolehan anda dengan orang lain tidak sama. Ingat! Jangan mengikut trend orang lain dan ikutlah naluri dan jiwa anda sama ada sesuai dengan karier atau kursus tersebut kelak. Setiap indiviidu mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta karakter yang berbeza-beza.
3. Percayakan Diri Sendiri
Ramai pelajar yang tidak yakin dengan kebolehan sendiri untuk memajukan diri ke tahap yang lebih jauh. Anda perlu percayakan diri anda dan kebolehan anda kerana ini adalah salah satu proses mengenali diri sendiri dan apabila anda kenal akan diri sendiri, selfmotivation anda akan meningkat secara automatic. Jika anda mempunyai pegangan yang teguh dan tidah berubah-ubah anda pasti akan berjaya dalam apa juga yang anda lakukan dan ceburi.
3. Berbincang Dengan Ibu Bapa dan Kaunselor Serta Pihak Yang Berkaitan
Mendapatkan pandangan ibu bapa adalah langklah yang bijak, tetapi AWAS kerana sesetengah ibu bapa mungkin menilai sesuatu kerjaya berdasarkan ‘sejarah’ silam mereka. Perbincangan yang telus dan dari hati ke hati dapat merungkai segala permasalahan yang timbul. Gunakan sebaik mungkin maklumat yang diperoleh sama ada melalui pembacaan atau perbincangan dengan kaunselor untuk berbincang pula dengan kedua ibu bapa kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan