Belajar untuk memberi dan selalu pula bersedia menerima. Untuk kita hanya dipinjamkan sementara!
Isnin, 31 Januari 2022
Isnin, 13 September 2021
MENULIS SEBAGAI TERAPI
Alhamdulillah. Tidak ada patah kata untuk kuucapkan selain syukur dan terima kasih. Inilah buku "Kompilasi Kes Kaunseling Sekolah Jilid 4" yang di dalamnya terselit sebuah tulisan aku. Buku ketiga yang berjaya diterbitkan pada tahun ini selain Suara dan Kuntuman Keampunan.
KISAH LAPTOP DAN SCAMMER
Sejak bermula PKP Fasa 3 dan BDR diumumkan hampir sepanjang waktu aku berada di hadapan laptop. Semua kerja baik mesyuarat, kursus, bengkel dan kerja-kerja rutin lain menggunakan laptop sepenuhnya. Laptop menjadi satu keperluan yang wajib ada bagi orang bekerja seperti aku.
Khamis, 25 Februari 2021
SEMINGGU INI
25 Februari 2021 (Khamis)
Hari ini merupakan giliran aku BDR. Namun, kesempatan itu aku ambil untuk ke dua lokasi
yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan di bawah tanggungjawabku. Sebelum bertolak ke lokasi pertama yang
terletak kira-kira 16 km dari rumah, aku sempat membuat sedikit laporan
berdasarkan servey di dalam google drive.
Sebaik selesai di lokasi pertama, aku meneruskan perjalanan
ke lokasi kedua. Perjalanan lebih kurang
15 km mengambil masa 12 minit. Jalan
kampung yang agak sempit memerlukan ketelitian ketika memandu. Aku mengambil keputusan berhenti seketika di
pinggir jalan, sambil menikmati sekeping roti pizza kerluaran Gardinia sebagai sarapan pagi aku dan anakku
Fatin yang menjadi peneman setia perjalananku ke dua destinasi ini.
Membuka handphone sambil mencari link yang dihantar ke group
whatsapp. Segera aku menekan butang ‘join’ untuk mengikuti
Program Santapan Minda yang dibuat secara Google Meet.
Demikian canggihnya kehidupan sekarang ini, di mana-mana sahaja boleh berinteraksi dan
berkongsi ilmu. Dunia tanpa sempadan –
yang memisahkan hanya keinginan dan kesungguhan.
Selesai dua perkara dalam satu masa. Sebaik mengucapkan terima kasih kepada guard
yang menunggu di pagar, aku segera bertolak balik. Syukur kerana Fatin bersedia menunggu dan
menjadi pemanduku hari ini. Aku dan
Fatin sampai di rumah tepat pukul 12.30 tengahari. Berehat seketika sebelum sambung tugasan menganalisis
data. Sempat juga berhubung dengan Cikgu
Salihuddin berkaitan beberapa perkara yang menjadi kemusykilan.
Jika ada yang berpendapat bekerja dari rumah lebih santai dan
rileks, rasanya pendapat itu perlu dilihat semula. Kadang-kala BDR itu lebih memerlukan tumpuan
berbanding bekerja di pejabat. Cuma untungnya
aku tidak perlu menguruskan anak-anak di rumah.
Malah jika tidak sempat menyediakan makanan di sebelah pagi, aku memilih
untuk membeli makanan bermasak di luar sahaja.
Memasak sebelum ke tempat kerja sememangnya menjadi rutin
sejak dahulu. Ketika anak-anak masih
kecil. Dan rutin ini diteruskan sehingga
kini. Hanya kadang-kadang, apabila hadirnya
rasa malas atau keletihan, aku tidak memasak.
Ketika inilah, aku akan mencari makanan yang dijual di kedai.
Sebenarnya sepanjang minggu ini agak kalut. Dari 21hb hingga 25 Februari, selain sesi
kaunseling, pelbagai kursus dan bengkel
online diadakan. Ditambah lagi Degnan pemantauan,
refleksi, serta taklimat. Ada sesetengahnya bertindan dua atau tiga
aktiviti dalam satu masa. Sehingga ada ketikanya berebut talian dan
aktiviti mana yang perlu diberi keutamaan.
Ahad, 7 Februari 2021
MEMBINA RAPPO DENGAN KOTAK TISU
7 Februari 2021 (Ahad)
Pagi di ruang kerja, aku keseorangan. Hari masih awal. belum ada rakan yang masuk ke pejabat. Mungkin lewat atau mungkin ada yang BDR. Tambahan sekarang PKP masih dilaksanakan.
Rutin biasa,
sambil membuka buku catatan dan menulis peringatan untuk tugas hari ini, aku
menjamah dua biskut Cream Crakers yang sedia ada. Saat terpandang kotak tisu di sudut tepi
meja, tiba-tiba teringat suatu peristiwa hampir setahun dulu.
“Rasa nak
terputus nyawa.”
Seorang wanita
separuh umur mengeluh sebaik memasuki ruang kerjaku. Nafasnya tercungap-cungap.
“Ambil
nafas dulu puan.” Sapaku seramah
mungkin.
“Duduk dan
rileks dulu.” Pelawaku.
Wanita
separuh umur itu duduk. Diikuti seorang lelaki
yang datang bersamanya. Dia mencapai
tisu di atas mejaku. Mengelap peluh di
dahi dan menarik nafas perlahan-lahan.
Ruang kerjaku terletak di tingkat tiga, aras 4. Agak tinggi bagi orang yang tidak biasa menaiki tangga. Kadang-kala tidak sesuai untuk klien yang agak berumur atau klien yang datang ketika dengan kepala berserabut.
“Tingginya
puan. Kalau tak ada hal, saya tak naik
dah.” Katanya sebaik keadaan semakin
selesa. Lelaki di sebelahnya hanya tersenyum. Tidak berkata walau sepatah. Barangkali keletihan mendaki anak-anak tangga
belum hilang. Aku turun tersenyum.
Sejak aku
bertugas di sini, keluhan seumpama ini bukan kali pertama. Aku faham, Cuma tempat yang sesuai di aras
lebih bawah belum kami temui. Beberpa kali
permohonan telah dibuat namun, kekangan tempat menyebabkan permohonan kami
tidak dapat dipenuhi.
“la…, kotak
kasut ke?” tiba-tiba dia berkata. Tangannya memegang kotak tisu di atas
mejaku. Membelek-belek beberapa kali
sambil mulutnya mengomel perlahan.
“Pandai
puan buat. Nanti bolehlah saya cuba buat
di rumah.” Sambungnya ramah. Barangkali kepenatan menaiki tangga sudah pun
hilang.
Aku tersenyum. Dengan menggunakan kotak tisu, aku membina
‘rappo’ bersama klienku hari
itu. Berbual dalam suasana tenang dan santai sehingga beberapa isu yang dibawanya dapat dikurangkan
dan diselesaikan. Alhamdulillah.
Pagi ini,
ketika melihat semula kotak tisu di atas meja, aku hanya mampu menyusun
kenangan Sekarang, dalam suasana pandemik
yang belum selesai, sesi bersemuka amat terbatas untuk dilakukan. Tiada lagi klien yang datang tercungap-cungap. Tiada lagi yang berminat untuk menegur kotak
tisuku di atas meja.
Hari-hari
kita semakin berubah dan kita perlu belajar tabah.
Selasa, 2 Februari 2021
2 FEBRUARI 2021 (SELASA)
2 Feb. 2021 (Selasa)
Sendirian di pejabat memberi ruang
seluas-luasnya melunaskan beberapa tugasan yang tertangguh sejak seminggu
lepas. Sepanjang minggu lepas adalah
minggu yang sibuk dengan pelbagai kursus dan bengkel online. Ditambah
pula dengan beberapa tugas yang tiba-tiba muncul. Macam lipas kudung terpaksa terkejar-kejar
untuk menyiapkan semuanya satu-satu agar tidak terlepas deadline.
Minggu ini di hujung minggu juga agak
sibuk. Pagi Sabtu 30 Jan. 2021, sedang menyiapkan
beberapa tugasan akhir Legasi_abah tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematian
kakak sepupu sebelah suami. Pagi Ahad,
ketika di pejabat dapat pula berita, kakak sulung dimasukkan ke hospital Kuala Kangsar. Sepanjang tempoh PKP ini sudah beberapa kali
kakak sulungku itu dikejarkan ke hospital.
Sekali lagi pada pagi Isnin 1 Feb. 2021
mendapat pula khabar suami Kak Ani (Abang Amir) yang memelihara anakku Farah Izzati
sejak kecil ditimpa kemalangan. Allah,
sepanjang tempuh tiga hari, tiga berita diterima. Semoga mereka yang sedang diuji dengan
kesakitan akan diberi kesembuhan oleh Allah SWT.
Malam ini, sambil menyiapkan sajak untuk
dimuatkan dalam antologi Hujan Januari aku ambil sedkiit masa untuk mencatat
dan menulis. Sebenarnya aku sendiri
tidak tahu apa yang patut aku tulis sepanjang berada di hadapan laptop
ini. Cuma kuajak tangan menari dan aku
berharap agar tariannya akan memberi sedikit erti kepada para pembaca.
Hari ini sekali lagi kita menerima berita PKP
akan bersambung sehingga 18 Feb. 2021.
Kadar jangkitan Corona Virus dalam kalangan masyarakat masih mencecah
angka 4. Satu angka yang pasti
membimbangkan semua orang. Banyak aktiviti
tidak dapat berlangsung secara bersemuka.
Jika ada pun perlu menjaga jarak dan mengikuti SOP seperti mana yang
ditetapkan.
Memakai mask ketika berada di luar rumah sudah
menjadi kewajipan bagi semua orang orang yang tidak memakai mask ketika berada
di luar dianggap luar biasa kerana tidak mematuhi undang-undang dan mungkin dianggap
sebagai kebal. Begitulah, berubahnya
kehidupan kita sekarang,
Kita tidak tahu bilakah wabak ini dapat
ditangani dengan berkesan dan dapat dihapuskan.
Pelbagai andaian dibuat sehingga ada yang berkata, dunia hanya akan bebas
sepenuhnya dari wabak ini pada tahun 2022 atau mungkin 2023. Masya’Allah, satu jangka masa yang lama dan
pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh itu.
Rasanya, tanggungjawab membenteras wabak ini
tidak hanya terletak di tangan Kementerian Kesihatan. Tetapi lebih kepada sikap masyarakat yang
prihatin dan patuh pada setiap arahan. Jika
semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing sudah pasti semua ini boleh
diatasi dengan lebih berkesan dan lebih cepat lagi.
Namun, setiap orang punya kekangan dan alasan
masing-masing. Pasti ada banyak sebab
mengapa sesetengah pihak tidak dapat mengikuti sepenuhnya arahan yang
ditetapkan kerajaan. Apa pun,
berfikirlah dengan waras kerana masa depan negara bergantung sepenuhnya pada
sikap kita.
Ahad, 31 Januari 2021
MENULIS UNTUK ANAK-CUCU
31 Januari 2021 (Ahad)
Selesai sudah tugasan yang dipikul selama
beberapa hari ini. Alhamdulillah,
akhirnya siap juga projek tahun 2021, menulis secebis kisah benar bersama para
sahabat Legasi_abah. Semoga usaha ini
akan menjadi bahan rujukan anak-cucu apabila tiba waktunya kelak.
Banyak cabaran ketika menulis kisah ini. Terutama apabila air mata tidak dapat ditahan ketika mengimbau pelbagai peristiwa yang telah berlaku sepanjang hidup bersama arwah pak. Pasti air mata setiap yang menulis dalam legasi ini turut tumpah seperti mana aku juga.
Kesedihan kedua berlaku ketika aku mencari
semula gambar-gambar lama untuk kuabadikan sebagai kenangan seperti mana yang
diminta oleh Puan Pengetua, Puan sri Diah.
Rupanya tidak banyak pak dan mak bergambar berdua. Hanya sekeping yang ditemui itupun terakam ketika
mereka hendak menunaikan umrah pada tahun 1997.
Menulis kisah hidup ini sebenarnya mengajak
kita kembali ke zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Segalanya berputar bagai cakera filem
berputar menayangkan semula filem lama. Sungguh
kadang-kadang terkedu sehingga tidak mampu untuk lena sepanjang malam. Semua memori itu berputar seperti putaran
roda – ada ketikanya laju dan ada ketikanya turut perlahan.
Semoga setiap apa yang aku lakukan akan memberi impak buat diriku dan orang lain. Terutama kepada seluruh anak-cucu Tok Mud dan Opah Minah. Suatu hari, jika diberi peluang dan ada kekuatan, akan aku coretkan pula bagaimana tabahnya emak melayari kehidupan membesarkan 8 anak dengan hanya membantu pak di kebun getah.
Pak dan mak, dua insan dan dua jiwa yang sangat
kental. Semangat juang merekalah yang
aku cuba bawa untuk kuturunkan pula kepada anak-cucu. Semoga ada sifat kental dan tabah yang
dimiliki keduanya akan diwarisi anak-cucu dalam mendepani kemelut kehidupan
yang semakin mencabar.
Al-Fatihah buat pak dan mak. Semoga sentiasa dalam dakapan rahmat Allah di negeri abadi!
PELEURU JEMARI
Memandangkan sajak ini ditolak Juri kerana penggunaan perkataan medsos, maka aku muat naik dalam blog ini untuk tatapan sesiapa yang singgah...
-
Anak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di sekolah rendah. Sebagai gala...
-
Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha ...
-
B aru-baru ini anak saya Farah Izzati (Ting. 2 SMKAK) telah menyertai pertandingan syarahan sempena Majlis Tilawah Al-Quran dan telah menja...








