Catatan

Catatan Seorang Pesara : Cakap Sorang-Sorang

Imej
Usai bertemu seorang sahabat bersama suami dan anaknya di perkarangan Masjid Aman, Alor Setar, aku dan suami terus ke Pasar Besar Billion.  Aku turun membeli 2 bungkus Mee Suria, fish cake dan fish ball serta sayur sawi dan taugeh.  Selalunya, aku akan singgah di gerai ini setiap kali ke Pasar Besar Billion.  Selain menjual hasil produk keluaran Muslim, pilihan produk yang dijual juga pelbagai.  Seronok membeli sehingga kadang-kala terlupa yang kami hanya tinggal berdua sahaja Sebelum balik, kami singgah untuk makan di sebuah restoran yang terletak berhampiran pasar.  Kebetulan kedua-dua kami belum sarapan sedangkan jam sudah melebihi pukul 10.30 pagi. "Kita makan nasi terus lah,"  ujarku memberi cadangan. "Balik sat lagi terus masak untuk petang ni je.." Tambahku  mengukuhkan cadangan.  Sebenarnya petang ini  AJK Surau Al-Muttaqin akan mengadakan perbincangan kecil di rumah.  Aku bercadang untuk memasak mee goreng sebagai hidangan merai...

UCAPAN SEMPENA PERSARAAN PILIHAN PADA 31 OKT. 2023

Imej
(Teks Ucapan Sempena Persaraan Pilihan Pada 31 Okt. 2023) Terima kasih Tuan Pengara Majlis. Yang Berusaha Tuan PPD Kota Setar , Tuan Haji Wan Khalim bin Ahmad. Yang Berusaha Pn. Murni Wati binti Abdul Karim, Kaunselor Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah merangkap Pemangku Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Kedah . Yang Berusaha Tuan-Puan Timbalan PPD Pejabat Pendidikan Kota Setar, Tuan dan Puan SIP+, Tuan dan Puan SISC+,  Rakan-Rakan Kaundelor Pendidikan Daerah dari seluruh Daerah dalam Negeri Kedah, Rakan-Rakan Pegawai PPD Kota Setar serta semua sahabat AKP PPD Kota Setar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbh dan Salam Sejahtera. Pertama sekalim izinkan saya merakamkan ucapan syukur dan terima kasih kerana tuan-puan jawatankuasa telah berjaya menganjur dan mengadakan majlis semeriah dan seceria ini untuk meraikan hari terakhir saya sebagai pegawai perkhidmatan awam hari ini.  Bagi saya, pengajuran majlis ini adalah satu penghormatan yang tidak ada nilain...

NOSTALGIA ZAMAN REMAJA DAN KANAK-KANAK

Imej
Inilah sebahagian cerita zaman kanak-kanak dan remajaku.  Cerita yang pastinya mampu mengulang-imbau sejarah kehidupan ketika meningkat remaja.  Kehidupan penuh rencam dan warna.  Ia menjadi sebahagian kenangan yang  membawa seribu makna dalam  kehidupan. Aku tidak dilahirkan dalam sebuah keluarga berada.  Malah, kesusahan kehdiupan kami dahulu banyak memberi impak positif kepada kehidupanku masa kini.  Mak dan pak, dua watak yang begitu sinonim dalam hidupku.  Insan yang tidak pernah mengeluh kepenatan malahan sentiasa bekerja keras membanting tulang membesarkan kami 8 beradik.  Kerana itulah aku sentiasa meyaksikan kedua-dua mereka melakukan pelbagai kerja  tidak kira waktu siang atau pun malam.  Aku menjadi saksi kehebatan kedua-dua insan ini mendepani onak-ranjau dan liku kehidupan zaman itu. Mak dan pak masing-masing mengusahakan sebidang tanah pinggir yang dipenuhi pokok-pokok getah.  Kebun getah ini kami panggil bukit....

MENGIMBAU KEMBALI ZAMAN REMAJA

Imej
  RUTIN PETANG   Setiap petang itulah kerjanya.  Memang minatnya seperti itu.  Tiada siapa yang dapat melarang.  Empat orang anak perempuan emak, masing-masing ada minat dan hobinya yang tersendiri. Aku anak perempuan bongsu dalam keluarga.   Kerja-kerja luar ini jarang yang aku suka.   Setiap petang, sambil melihat Kak Tipah dan Kak Na membelai pokok bunga di halaman rumah,   aku akan duduk menunggu di atas anak tangga.   Aku hanya akan turut serta jika disuruh atau diminta membuat sesuatu kerja. Rumah kami terletak di lereng bukit jalan Kuala Kangsar – Gerik.   Selalunya jika kami duduk di halaman rumah, tiada orang yang nampak melainkan mereka turun sehingga ke bawah.   Jadinya, kami selesa bergerak di sekeliling halaman tanpa gangguan sesiapa. Selain terletak di lereng bukit, pak dan mak menanam pokok teh sebagai pagar rumah kami.   Pokok teh itu naik tinggi merimbun.   Oleh sebab itu, kami tidak dapat melihat ...

MEMBENTUK PERKAHWINAN MSR

Imej
Cara membentuk perkahwinan yang mawaddah, sakinah dan rahmah (MSR) — tiga unsur yang disebut dalam al-Quran sebagai asas kebahagiaan rumah tangga: 🌹 1. Mawaddah (Cinta yang mendalam) Mawaddah bermaksud cinta yang matang, mendalam dan bersifat spiritual. Cara membentuk: Luahkan kasih sayang secara konsisten – melalui kata-kata dan sentuhan fizikal. Berikan perhatian emosi – dengar tanpa menghakimi. Jaga adab romantik – walaupun setelah bertahun-tahun berkahwin. Bersabar dalam kekurangan pasangan – cinta sejati menerima ketidaksempurnaan. Solat berjemaah dan doa bersama – membina spiritual intimacy. Komunikasi dengan hikmah – elakkan herdikan dan nada sindiran. Urus konflik secara matang – fokus pada penyelesaian, bukan salah menyalahkan. Pastikan rumah sebagai 'safe zone' – tempat melepaskan penat, bukan menambah stres. Bantu pasangan tanpa diminta – fahami bebanan masing-masing. Maafkan dengan hati terb...

PENANTIAN ITU SEBENARNYA SAKIT

Imej
Hari ini merupakan Hari Raya Aidil Adha yang ke-empat.  Hari terakhir menunaikan ibadah qurban bagi mereka yang melaksanakannya pada kali ini.  Selalunyam apabila tiba hari-hari perayaan seperti ini, semua kita pasti ternanti-nanti kepulangan dan kedatangan orang-orang yang hampir dengan kehidupan seharian kita.  Seorang ibu pasti menanti kepulangan anak-anak.  Seorang nenek pula menunggu ketibaan cucu-cucunya.  Seorang tua menanti kedatangan tetamu, sahabat handai malahan yang paling utama saudara-mara berkunjung tiba.  Siapa pun kita dan dalam keadaan apa pun kehidupan seharian yang kita lalui, kehadiran mereka terutama pada hari-hari berbahagia ini merupakan sesuatu yang besar maknanya. Namun, berapa ramai ibu-bapa, anak-anak malahan saudara-mara yang kecewa sehingga kadang-kala menjentik rasa kecewa di hati kerana orang yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba.  Tertarik dengan luahan beberapa orang warga emas, malah keluh-kesah ibu bapa berikut...

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

Imej
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam kehidupan seorang anak sejak dari lahir hingga dewasa. Mereka bukan sahaja menjadi sumber kasih sayang dan perlindungan, tetapi juga memainkan peranan utama dalam membentuk keperibadian, sahsiah, dan masa depan anak-anak. Dalam era globalisasi yang penuh cabaran ini, peranan dan tanggungjawab ibu bapa semakin penting bagi memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang sihat, seimbang, dan bermoral. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan setiap ibu bapa untuk memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi demi kebaikan dan kesejahteraan anak-anak. Berikut merupakan sebahagian peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka;  1. Tanggungjawab Dalam Mendidik Anak-Anak ü   Ibu bapa mempunyai kewajipan moral untuk membimbing dan mendidik anak-anak dengan nilai yang baik.   ü   Pendidikan moral yang baik akan membentuk anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia. ...