EPISOD 1 – CERITA RAMADAN 1440H
Kehidupan di dunia ini adalah satu perjalanan. Perjalanan yang mempunyai pelbagai fasa persinggahan. Persinggahan akhirnya nanti adalah di perhentian akhirat. Dalam perjalanan jauh dan panjang itu sudah pasti ada likunya. Kadang-kala selekohnya tajam dan curam. Ada ketika yang lain, jalannya licin. Atau mungkin ada juga berlaku ‘trafic jam’ yang sendat dan padat. Walau apa pun yang kita tempuhi dan lalui di sepanjang perjalanan itu, kita perlu sabar dan redha. Sentiasa berlapang dada dengan setiap ujian yang dihantar Allah. Ya… ujian. Sekaligus satu peringatan agar sentiasa pula duduk memuhasabah diri. Kerapnya kedatangan Ramadan mengundang kerinduan. Rindu pada setiap kenangan yang berakar umbi dalam diri semenjak usia kecil. Namun kali ini Ramadan datang membawa beberapa cerita dan berita. Cerita dan berita yang berpahat kemas dalam diri. Hingga sesekali menjadikan aku kemurungan dalam ...